Tuesday, September 30, 2008

ucapan hari raya kepada sumuaa.

baikkklaahh kepada sumue rakyat mesia yang beragama Islam dan menunaikan ibadah puasa. bagi yang tak puase tak boleh raye. haha.  di kesempatan ini aku nak wish selamat hari raya aidilfitri, mintak ampun segala salah silap, terkasar bahasa, termengumpat, terkutuk, tercaci, termaki dan segala ter ter ter lagi. kalo aku buat lagi, raya tahun depan maaf lagi yuh. dan begitulah seterusnya. agagaga

and aku nak buat special wish kat manusia-manusia istimewa seperti dalam list kat bawah ni :

1. Encik Muhammad Hazim bin Mohd Zulkifli.

dengan ucapan, saya sayang awak selalu. tihihi. mulela nak menade-nade dalam blog ni. malasla aku nak start kan. kang tak habes-habes pulak. haha. dia raya kedah, aku raya gombak. jauhkan kami? lepas ni dia kat mesir, aku kat malaysia. jauh kan kami? saje nak mintak simpati. (sambil buat muka simpati) huuu

2. budak-budak batch genesis 03

girls and guys. honestly kamuorang la org paling best skali nak dibuat kawan. like nobody could replace u guys. so hepi hari raya to all, maaf zahir batin. aku nak reunion babe. nak jugak tak kire!! haha dah start emosional pulak. aku tak boleh betullahhhh. magaga.

3. Cik Intan Soraya Mohd Musa.

eyy cik kakkk (ko memang tua dari aku.harap maklum.) bile nak buat rendez-vous neh? tate nak kueh mama kerrie mak aku. tak sabar nak jumpe ko weh. nak bergossip. tahaha. (takpe-takpe. ramadan habis dah. teruskan aktiviti kita. haha) selamat hari raye babee, ampun maaf salah silap. aku buat lagi, aku mintak maap lagi nanti. next year pulak. hahah.

 dari kiri: aku dan tantan. kawan paling senget pernah aku ade. tambah-tambah ade ekin, maken senget sume-sume. khekhakhakah

4. budak-budak classmate french cohort 4.

kepada classmate aku yang ayu-ayu dan hensem-hensem belaka (mulela tu. perasan), jangan lupe bawak kuih raya berbalang-balang ek. nak kasik lecturer rase kesedapan kuih raye masing-masing. wahaha. aku chop monsieur azhar ngan monsieur liew ek. monsieur azhar sebab dia suka aku. eh tak tak. maksud aku, aku suka dia. muahahehahgejahah. mr liew sebab aku nak markah tinggi ujian conjugaison. gahaha. ada udang harimau di sebalik batu karang. lallalalaa.

some of my classmates. tapi sky tersesat pulak. layannn. yang laki sorang kat belakang tu lah kalang namenye. 

5. Housemate aku di blok 6, 602 (B)

kanak-kanak sekalian aku ucapkan selamat hari lebaran. aten, aku bawak lagi nanti kueh-kueh mak aku. jangan risau. kite beraye di rumah sendiri nanti. bersama kueh yang aku harap berbalang-balang. tak balang, bertong-tong pun jadilaaah. gagaga. rendang angkot sekali. rendang pantai timur, rendang utara rendang selatan. tinggal aini je tak balik sabah. kalo tak bole rase rendang sabah sekali. kohohakkahao. kenapa aku asek-asek berbicara tentang makanan? ayoyoo sudah pecah tembelang. fairuz, ko kalo tak bawak kueh tak tawula nak cakab ape. aku ambush rumah kau. tahaha :P

again to everyone,

SELAMAT HARI RAYAAAAA!!

ps : tahun ni angah pun dah kerja, dan baru dapat gaji. kiranya duit raya dapat banyak sikitlah dari tahun lepas. ahahaha seronotttnyeeee. cik tipah, i nak duit raye triple dari last year haa. ada bolehh?

Monday, September 29, 2008

hati banyak suka ini hari.

om gedek gedek ommm gedek. aku dah besedia nak merepekkk. aummmm.


sepanjang hari ni keje aku berjalan jek. tipula berjalaaaaaan je, aku adela naek kete, untuk sampai ke destinasi yang dituju. gagaga. pukul 11 i ikot mak i pegi pasar. tak tawu nape, tapi aku suke pegi pasar. suke nak pilih-pilih sayur, suka nak picit-picit ikan, suke tengok orang potong ayam, suke beli sotong, suke jolok lidah kerang hidup. sukelah sukee. aku suke suke suke. tapi gelilah pasar klang ni. banyak anjing. anjing kurap lak tu. eeeew. tapi ikotkan sume pasar pun geli rasenye. basah-basah, bawu hanyir merate tempat. tak kesahla, nak beli barang makanan jugak, nak makan kita jugak, so jangan nak banyak songeh.

mak tak tawu nak masak ape untuk lauk berbuka, maen redah je la gi pasar tu, tengok pape rase nak beli, beli. at the same time nak beli bahan-bahan untuk masak rendang dan laksa, untuk raya pertama nanti. weehoo! mak i masak laksa u. silakan jeles. ngaa. mula-mula mak beli sotong. lepas tu beli ayam sekor. aku pun teros kasik idea suruh masak tomyam je lah. mak pun setuju. beli lah segala bahan yang patut ada dalam tomyam. last sekali mak beli cili api. pegilah satu gerai budak-budak muda ni. mungkin umur baye-baye aku atau tua sikit atau whatever. orang nak beli cili api ni, pastu mamat-mamat yang memang kurang macho kerana mereka adelah berada di dalam pasar, gi tangkap gambar aku ngan mak aku siap diorang pose depan kitorang. hek eleeeeh. dalam pasar a bro, ape kelas nak bergambar. mintak maafla aku nak bagi 'pose' ala-ala lindsay lohan takpun cameron diaz. beranganlah kau. pur-lease. (ayat perasan lawa. tahaha)
tak tawu ape modus operandi diorang sume tu. takkk layaannnn. mak aku cakab kan, saje je diorang tu nak begamba sebab nampak kamu. ecewah. mak aku buat ayat tak tahan dol. maneku tahan, lalu tersyok sendiri. haha geliiiiii kuat perasan. oke dah. cite lain.

lepas tu balik pulak, gi shopping ngan along. lokasi sunway piramid. aku takde ape nak shopping pun senanye. sume dah redi tunggu nak raye je ni. gahaha. tapi dapat gak sambar earring silver. oh ye. adelah. aku tak beli tudung raya lagi. so lepas teman cik tipah ni shopping kt sunway tu, pegilak kompleks pkns nak cari tudung aku and nak amik baju kebaya yang along tempah. lepas tu gi bazar pulak. sambar la 3 kebab ngan 1 roti john. agak tamak tapi tidak mengapalah. haha.
akhirnya bukak pose kat lam kete jugak. tak sempat sampai rumah. sampai rumah pukul 7.20
masuk-masuk rumah bawu tomyam. teros melantak sampai kenyang-tapi-maseh-boleh-bangun. best gila aku kasi licin itu periuk berisik tomyam. muahahah


malam ni along ajak kuar g jusco bukit raja pulak. nak cari kasut yang tak jumpa tadi. aku surrender. penat. ehh bosan nye storii guaa. sudah. mahu stop.



Sunday, September 28, 2008

dua hari lagi habis puasa, dua hari lagilah nak sambut raya.

sekarang aku kat klang. rumah abahku. baru sampai tadi. tepat-tepat time berbuka kitorang sampai. mak masak ayam salai masak lemak cili api dengan terung telunjuk masak kicap ade telur. brilliant! sangat sedap! tapiiii, sangat pedas.
lidah keyla cannot stand pedasla ayoyoo. seriyesly cannot. berhh, its awful. haaaah.

lagi dua hari je nak puase! yay! pasni boleh makan melampau-lampau cam selalu. dan duet pun bakal melampau-lampau habes seperti biasa. bulan puasa ni sangat seronok sebab i dapat save money tau. memang berjimat sangat. sehari habes 3-5 ringgit je, depends. tu pun takat beli nasik putih ngan lauk cam ikan keli, takpun ayam masak kicap, takpun kari daging ataupun tomyam. tak payah makanan tambahan macam roti john ke, kueh mueh, sume takpayah. air aku tak beli. memang jimat. sebab aku ada kordial ribena! ohhh sukanyaaa! haaah. ais pun tak payah beli. sebab housemate aku memang jenis gila ais smpaikan diorang akan beli ais satu plastik besar. aku pun menumpanglah barang sekaki dua. wehahah.

terawikh aku tahun ni. eh tanak citela. riak dan takabur. tak baiikkkkk. tikikikiki.

lepas ni tengoklah. sehari i akan spend over-over punya on food. mane tahan dol. tapi berat aku tak penah-penah nak lebih 35 kilometer. eh salah type. 35 kilogram. heran btol aku. tapi bak kate mak, ini kuturunan. kuturunan mak. biasela, i follow mak i lah kan. before kahwin dia kurus je, slim habis. sebab tu abah i tergode u. ngaaa. pas kahwin, rasenye lepas aku lahirlah, berat badan mak naek tak boleh nak turun-turun. adeh. aku anak ketiga out of five. so time zaman along ngan angah mak i tetap maintaaiiinnn. i nak ade 3 orang anak je lah. karang banyak badan cam belon.
kokuhkahkehkoh. berangan pulak.

tadi pukul 6.40 petang, tiba-tiba aku dapat MMS dr wani. muhammad hadzwani name penoh mamat neh. tapi aku suke panggil wani. eh sukela hati. haaah. mane tahan mamat neh. bagi mms semate-mate nak aku bagi idea mane satu baju yang patot die beli. kalo gamba baju je takpe, ni ha kauuu, gambar dlm fitting room, baju tu da siap pakai ngan seluar pendek die sekali bulu-bulu kaki die promot. macam ape aku gelak. sungguh tak leh blah mamat ni bile bershopping. mengalahkan pompuan memilih. i pun tak macam tu taw. hahaha. aku pun dengan semangatnye bagilah idea aku yang bernas lagi bijak ni kan. cakabla aku rase tishet ni lg bla bla bla. lpas tu last-last rupanya dia nak aku pilih seluar yang mane satu. laaah. aku rase tishet dia yang lain. seluar nampak same jek. adeh. aku kene tuka cirimin mate la ini macam. ayoyoo.

dah mintak abah nak beli laptop. yay! abah nak belikan. seronotnyeee. bolehla salu update blog pasni. tikikikiki.

orite, mari kite bersedih sebentar. sedih sangat td. tibe-tibe nazu mesej bitawu yang ayah die dah takde. memang ade before ni die mesej cakab ayah die saket, so die balek kampung.3 weeks back rasenye. tapi yang buat aku terkilan bukan ape, sebab aku tahu berite ni sangat lambat. ayah die meninggal khamis lepas. and aku baru tahu hari ahad pukul 8.30 malam. babe, mane tak sedeyh. takde sape inpom.
anyways, takziah to nazu and her family. moge-moge roh ayah dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. insya-Allah. besar hikmah ayah die pergi time bulan ramadan bulan barakah. mesti sedih kan, lagi 5 hari nak raya, orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita.
Ajal di tangan Dia. Takde sape yang tahu.


sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah buat ayah Nazu. Al-Fatihah.



ps: esok nak pegi shopping dengan cik tipah. akakku yang senget itu. sape nak itot?

Sunday, September 21, 2008

Keyla tak pandai menipu.

Setelah incik lutfi mengasak aku suruh hapdate, jadi aku berkeputusan nak update lah sikit.
Sian kat lutfi kempunan nak bace blog aku. Muahaha

Aku terlalu busy nak spend time untuk blog ni la lut. Almaklumlah. bulan Ramadan.
Busy tidur. kahkhekhakhekhah.

Aritu, time kelas ngan Monsieur Thomas, we came across word yang bermaksud 'penipuan'.
Lepas tu, dia suruh kitorang bagi satu contoh penipuan. Mula ngan Diyana. Diyana pun buat ayat 'saya ade sejibik kereta'. Betullah tu. Die tipu. Die mane ade kete. Fine.
Lepas tu die suruh Dilla pulak. Dilla cakab 'saya pakai baju warne hitam'. Betullah tu. Die tipu. Die pakai baju warna biru time tu. Tibe-tibe, die suruh aku pulak kan, dengan suarenye yang macho, die pun panggillah aqilah (aku tak tawu nape,but i like the way french people sebut name aku. Hot. gagaga)

Ape ayat penipuan yang aku buat? Cube teke?
Aku ngan spontannye cakab 'saya cantik'.
Ahahahahahahahahahaha. Cis. Sume orang gelak.
Betullah tu. Aku tipu kan? Ke diorang gelak sebab ape yang aku cakab tu bukan satu penipuan?
hahahaha (tibe-tibe perasan sendiri)
Monsieur Thomas pun sengih-sengih je. Sempat tanya Nazreen, 'awak setuju ke?'
Ceh. Tanya die memangla dia tak setuju kan. Cube tanya Ajim. Mesti die terus cakab 'saya setuju!' tanpa ragunye. ngaaaaaaa

Tapi sedey, M. Thomas dah tamat dah kontrak mengajar kat sana.
He'll be leaving for France soon.
Aku tanye lah die kan, die nak pagi mane pasni, die cakab gi bercuti. oh ok.
kat mane? aku tanye lagi (busy body me) pastu die cakab i go everywhere.
cewwaaaaah. tawula banyak duit kan.

oh and by the way, he's only 27!
HAHAHA. mate hijau beb. mane tahan. Jakunkah aku tak penah tgk org mate hijau? gagaga.
Bye-bye monsieur. Bon Voyage!

Papepon, aku ade bende laaaaaggggiiiii sedeh dari ni. Kuase lime puluh ribu juta punya sedeh.
Ajim nak pegi Mesir dah 17 oktober ni. Flight pukul 3 pagi. Hari jumaat.
Sedey tak dapat nak ikot hantar. Ape leh buat? Pasrah. huuuuu


Anyways,


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sume!
Maaf zahir dan batin!