Friday, October 31, 2008

makan aiskrim dan kamu akan happy.

pergi midvalley dengan sky. nak betulkan jam ipan. jam branded tapi MENGADE.

dan tadi aku singgah baskin robbins, beli 'pint' due perise aku tak ingat ape name die. and makan sorang-sorang. sorang-sorang ookk. punya senak perut nak habeskan. penattt. tapi sangat sedapppppp. kenyang sampai sekarang ni. kenyang sampai i don't feel like eating. just because of the bloody ice cream. huahuahhua. every 31st of any month yang ade 31st, thank god it's october. hehe ;) BR akan bagi 31% discount. muraaaa wehhh aku beli tadi. takdela gile punye murah, murahla sikeett dari harge biase. ade diskaun. haish.

beratur pun panjang, sebab orang ramai. nak pilih pun kelam kabut. tapi instinct aku hebat luckily aku pilih baek punyaaa. ahahahahaa



tapi sedey sedey sedey. die sangat busy, sangat jauh dan sangat susah nak contact dan sangat e-very-thing. sms nombo baru die kat sana, 6 hours lepas tu baru dia reply. see how busy he was? sedey tahap moyang dewa cipan.



pasrah.



jadik esok aku nak pergi berpoye-poye dengan tantan, ekin, amie, rini, syat, mui and fareh. girls day out everibadeyyy. jangan jelos.


ps : penantian suatu penyiksaan. so true.

Monday, October 27, 2008

happy diwalee.


happy deepavali dear all indians who celebrate it!

aku shopping lagi harini. gi jusco bukit raja. tapi kali ni aku beli, um, aaa, oh adalah sesuatu itu. heeee. lepas tu habis jugakla duet sebab beli novel baru sophie kinsella.


tadaaa! tak sabar nak abeskan. wuuuuuuhuhu

lepas balik shopping aku mandi semayang isyak sume, terus start bace. and sememangnye awal bace pun dah best. semaken ku tidakkk sabar nak habeskan. tengah syok-syok bace tu, tibe-tibe ipan cakab ajim online. aku pun sepantas kilat mintak laptop darik cho yang tengah bizi men game, nak online. haha. gembiraaaaaa ohhhh. rindu rindu rinduuuuuu :(

tadi lepas jugak kempunan nak makan pizza. akhernyeeee. dadi yang blanje. wee. aku poyo royo nak pizza nak pizza mcm gila meroyan tapi last-last larat makan sekeping je. sekeping setengah la jugak. nak makan due tige keping tak larat. cit pooorahnye aku.


okey, i better get going with my reading. although *'mes devoirs' tu siket punya bertimbun aku tak start-start buat lagi. ayoyooo cik nur 'aqilah, bila kau mahu rajiiinnnn?




*'mes devoirs' = my homeworks



lets learn something : zabon = the bone, zapozz = supposed
it's not french haa. it's the way egyptian pronouced it. haha very funnyyy.hazim cite td :) i feel like using it la hahahaha ;)

Saturday, October 25, 2008

perut kenyang suke la hati.

jangan tanya aku bangun pukul berape harini. your jaw will definitely drop open in awe. haha. tapi cik tipah lagi dasat dari aku. kire aku lagi bagusla daripada die. huwawa. ke kitorang due same je adik beradik memang cenggini? ok ok whatever.

pukul 3 pergi open house rumah kawan along kat putrajaya. wohoa, makanan die, besttttt gilaaaaa wa cakab sama luuu. sup tulang, rendang ayam, asam pedas ikan siakap, mee bandung, nasi himpit, tempe goreng, puding jagung dan macam-macam adaaa lah! aku meratah sup tulang dia dengan rakusnya. ahuauahauaha. seriyus sedap. incik hazim, sila jangan jeles ye, ana taula kat sane takde sup tulang macam kat malaysia kan? hahahaha gelak bangge. memang puas hati, balik senyum bahagie je kenyang makan. kuikuikui.

aku cuti deepavali sampai hari rabu. semalam balik shah alam tidur rumah along. lepas maghrib tadi, pergi tesco pulak, shopping barang-barang dapur ngan along untuk rumah dia. aku pun paw die beli shampoo. nguahaha. kira baek jugak ni, paw shampoo je. naseblah aku tak capai barang-barang lain sampai penuh troli bagi akak aku bankrup. huaha baiknya hati beta hemo hemo. along belanja kfc tadi. aku kempunan cheezy wedges. paw dia lagi. gembiraa :) :) eh jap-jap. banyak lagi lah aku paw tadi, topup pun. coklat, ape tah lagi. eh banyak rupenye. dah bankrup ke dia agaknya?

lepas gi tesco, balik rumah melantak kfc, solat sume-sume, lepas tu bertolak balik klang. mak, cho and ipan dah sampai klang pukul 9.30 malam. ipan pulak tibe-tibe bagi mesej,

'kilah nak balik sini bawaklah pape makanan..abah lapa..'

aku reply,

'makanan sepeti apekah?'

ipan jawab (bagi pihak abah),

'mee goreng mamak kee..'



pulak. mee goreng mamak rupenye. orite abahhhhh! roger and outttttt.


kitorang singgahla restoran hakim beli mee goreng mamak. take note, this time aku yang bayar mee goreng tersebut. aku belanje abah. sila jangan terkejut. betullla wehhhh. aku yang berhati emas ni. pujilah sikit. khakhekhakha. sekarang aku kat klang dah. biaselah, menggodam internet. hobi sejak aku keluar dari perut mak. kikikih.



ps : incik hazim, selamat berorientasi yek. cube dengar lagu angel by natasha beddingfield. saye dedicate kat awak. hik. i'll be your angel :)


Wednesday, October 22, 2008

secara tiba-tiba.

aku takde ape nak cerite arini.

or to be precise i am a bit lazy to write a post. but still i do write one now.





--------------------------
---------------
----------








-------------------------------------------
----------------

-------------


dear hazim,
i miss you lots!
jage diri kamu baek-baek ye kat negare orang :)
ILY too :) :) :)

Tuesday, October 21, 2008

penangan 'boula-boula'.

time kelab perancis harini, kitorang main permainan budak-budak french. alah, kalau kat sini macam permainan galah panjang, baling selipar, main guli dan yang sewaktu dengannya. kat sane pulak mestilah ade permainan die tersendiri kan. monsieur azhar perkenalkan kat kitorang empat permainan, 'boula-boula', 'chapeau chameau', 'foulard entre deux' dan yang last, 'verre epique' kot. aku kurang ingat. heeee

memang best and sememangnya bende baru bagi aku. kitorang main kat gim. banyak pergerakan seperti berlari-lari dan bermengah-mengah dan bertakut-takut. haha. tapi tulah, tengah seronok-seronok aku ditimpa malang. aku jatuh dua kali. i repeattttt, dua kaliiiiii. first time aku jatuh tu siap langgar kerusi lagi. gila saket seottt. M. azhar tanye 'ok tak?' aku dengan macho dan konpidennye jawab 'ok, saye okk je'. padahal sakit die macam gile. kenalah berlakon sikit kan? ngaaa

kali kedua pulak aku jatuh time main verre epique. ohh ni lagi dasattt. bangun-bangun nak jalan terase sakit. cis cis dan cis lagi. kenapalah aku lembik sangat? ayoyooo. sekarang, lengan aku bengkak, lutut aku bengkak. nak semayang mak oiii, sakit dolllll. tadi letak minyak hangat. berhh, berapiiii. tapi ku gagahi jua. khakhekhakha


ni mesti sebab berat aku yang memang dashat punye kurang neh. sampai senang nak melayang, jatuh dan langgar sume bende. aku kena cari jalan untuk membesar, jadi kuat dan kebal. hahaha. aku puasa pulak tu harini. tadi berbuka aku makan nasik goreng ikan masin, tom yam ayam, teh 'o' ais. oh, plus popia housemate aku bagi. before blogging, makan ayam kfc seketul, rummet aku pulak hulur. aiii, banyak makan. ini berita baekkk punyaaa. satu usaha kearah menambah berat badan dan menjadi kuat dan kebal.


huahuahuahuahh!!!



ps : boula-boula ni game jadi zombie. muahahahaha. very fun and spookyyy :)

Sunday, October 19, 2008

the super-underweight me.

daripada semalam lagi mak cakab bende yang same kat aku.

'kilah. mak tengok kamu nampak makin kurus.'

so aku decide nak panjat itu weighing machine juga. benarkah dakwaan ibuku itu? dan aku daki mesen itu. surprise surprissseee. my current weight : 32.5 kg. aaa giloooo. i lost 2.5 kg mannn. 35 pun i underweight 32.5 jangan cakaplaaa. very the very underweight!

wait a minute. nak kate aku tak makan, hello, i ate three to four times a day ookk. pagi, aku sarapan nasik lemak ataupun nasik goreng yang penting mesti berasaskan nasik. lepas tu i will had my lunch at 11 am, makan nasik berlauk pluss sedikit sayur. ok ak kurang makan sayur, tapi takkanla begini? it's an early lunch because kelas aku hari-hari abes pukul 4, jadi mase yang ada dalam pukul 1.30-2.15 untuk aku bersolat sahaje.

dan malam, aku makan biasanya pukul 6.30 takpun lepas maghrib dalam pukul 8. oh and aku sukakan supper(iaitu makan lewat malam) dan turut mengambil supper. iaitu air milo 3 in 1 dengan biskut kering. weeee. nampak tak? see that? a good eating habit pe. i took my breakfast everyday to keep me active dalam kelas. sampai terlebih-lebih aktif pulak tu. tahahaha



kenapa berat aku masih begini bukan begitu? sangat underweight aku tak sehat weehhhh




ps: this has nothing to do with si dia. since he left, i still lead a normal life. dia pergi sana pun nak pursue his study, and i am happy for him. what for crying-crying ni? hee :)


Saturday, October 18, 2008

zaman sekolah.

hey sume orang. harini keje aku takde laen. makan tido intenet makan tido intenet. lepas tu tadi i godek-godekla pc kat rumah ni kan. aku view sume gambar yang terdapat dalam pc ini. goodness gracious me! how i missssss my friendss, how i miss my previous school life, how i miss e-ve-ry-th-ingggg!!! now don't get me started. aiihh.




don't know don't care. i think i wanna start it no matter what.

okay this is us. ini kami. ini kitorang.

kitorang dalam sangkar. entah, tak tahu sangkar ape.


kitorang panjat tangki sekolah. ngaaa. serius besttttt

kitorang panjat jugak 'the giant alphabet of our school'. A untuk AQILAH dan juge AJIM. hehehehehehe gelak gatal.

saje tanak tayang the whole alphabet. keh3. anda digalakkan untuk tertanya-tanya nama sekolah aku.

kitorang dalam tandas. tandas dewan. see? we went to each and e-ve-ry part of the school regardless of umm, whatever.


time malam dinner form 5, was a total blast! eventhough makanan die rasenye lagi sedap yang aku masak kan. kitorang ade buat tukar-tukar hadiah. which we have to cabut nama and nama yang kita dapat tu adelah orang yang kite kene bagi hadiah. aku dapat muhammad assif, which happen to be ketua umum time tu. aku dapat orang penting dolll mane tahannnnn. tapi tak seronok pun. aku berharap nak dapat nama ajim. heheehehe gelak gatal lagi.


alkisahnya, orang yang dapat name ajim, cari aku untuk tukar. biar aku bagi hadiah kat ajim malam tu. aku tak mintak pun nak tukar, orang tu sendiri datang tukar bebbb. blushing. dan juga hal yang sama berlaku kat ajim. orang yang dapat name aku gi cari ajim untuk tukar so that ajim boleh tukar hadiah ngan aku malam dinner tu. isn't that sweeeettt? haha. mereka dah dapat bawu there's something going on between me and ajim. LOL. baru nak sikret-sikret. kacau betullah diorang niee.


ini hasilnya tuan-tuan dan puan-puan.


tadaaaaa! muka kontrol kiut dan ayu. malu sume paparazzi datang amik gambar. ngahaha

die pun malu-malu jugeee. hee. nak wat cemane, paparazzi everywhere. ngaaa

and kitorang even dapat gelaran pasangan popular malam tu. mane tahannnn. aku baru nak low profile malam tu, tak menjadi. aihh. payah betul jadi orang femes neh. muahaha.






kitorang time malam dinner form 5. makan adalah misi utama kami. biasee


malam sebelum paper arab, kitorang buat video klip. video klip rexona, dancing queen dengan the lemon tree. sungguh takde keje. bila tengok balik video tu, i will burst out laughing. tak sangke betapa sengetnya diri kami sume. aku rinduuuuuu gila-gila punya rindu. if only i could turn back time and besukeria bersame-same diorang sume sekali lagi. if only i could. sighhh.


takde sape boleh ganti tangan-tangan serta jari jemari ini. tiada siapa. understengg?



aku terasa nak demand something. nak reunion tak kireeeeee!!! to the geng parti radikal, ketahuilah aku rindu zaman mude-mude itu. zaman melompat-lompat seperti kanak-kanak retarded :) rindu rindu rinduuu wehhh. nak cerite sume, rasanya takkan habis. ini je lah yang termampu.





ps: handset aku sangat senyap since dia fly. i just need to get used to it. how i miss the message tone :(







Thursday, October 16, 2008

3 pagi 17 oktober.

hazim nak fly dah dalam masa 5 jam lagi.





sedeh sedeh sedeh sedeh sedeh.





semalam last jumpe before dia fly. i din send him to the airport. :(






ps: semoga dia selamat sampai. amin

Wednesday, October 15, 2008

international day.

dear tantan and lutfi. sorilah, gua emosional pulak kat previous post. tak boleh tahan dol. but now nomore. im OK sudeeh. let bygone be bygone. hihihi. tak perlu explanation kan?

hari ni, ipba buat international day. hari khas untuk bahasa perancis, bahasa jepun, ngan bahasa jerman. overall it went well and i had a reallllllyyy great time eventhough my feet swollen sebab berdiri bapak lame gilee. nak-nak pakai kasot tinggi plak tu. sheeessh. saket gilaa kaki wa :(


biaselah kan, maseng-maseng bukak booth, ade exhibition and stuff, and yang paling best ada FOOD TESTING. muahahahaha. booth german ada salad german ngan apetah lagi satu tu. kaler coklat, pastu atas dia sapu mayonaise, lepas tu ade cam daun hijau. bila makan, rase cam roti gandum gardenia. but some of my friends cannot accept that thing. tak ngam ngan mulut diorang. aku ok jeeeee? boleh je telan. ngahaha. salad die best. lemak-lemak. ahaha. suke betol.

booth jopun takdo bondo laenlah kan. sushi yolah. sushi sokmo. sushi manjang. toouuujjooourss sushi. haaah. and onigiri. onigiri die besar gilak dari yang aku salu jumpe kat sekolah. aku tak mampu kot nak makan. bosaa gilo. ade satu sushi ni bestlah. tak ingat pulak ape name die, onikuburi? ogidari? domigari? ntahla. lupe sudeh. aku reti makan jek. agaga. sorang akak ni (aku panggil akak since yang amek jepon kat sini sume tua-tua. i mean, diorang masing-masing dah jadik cekgu before ni.hahah) suruh cicah sushi tu ngan wasabi. satu bende je yang aku tahu pasal wasabi ni, PEDAS. and mintak maapla, aku tak suke hatta aku adelah benci pedas waima sikit pun. apa punya ayat ini? ngaa. aku kagum tengok sorang akak neh buat sushi. terror ah. macam pakar. agaknye dia penah keje kat sushi king tak? keh3

booth french pulak, kitorang buat tuna sandwich. guna baguette. ni pun tipikal thing jugak. asek-asek sandwich. takde mende laen. aih. lagi satu kitorang buat 'la poutine'. haaaa, yang ni bende baru bagi aku. dan aku sangat mencintainya. muakakaka. sedap beb! 'la poutine' ni nak buat dia senang jek. french fries, campur dengan cheese yang dah disagat, lepas tu, taruk sos cili special. gaul-gaul, pastu siap. makanlah. aku sukee. menepati citerase mak daten aku neh. ahaha. bape banyak kali aku datang melantak. aku tak in charge bahagian masakan, so chance aku nak makan dengan lebih kerap adelah low. sedey kan? haha. tak kesahla. yang penting, aku dapat makan banyak la poutine tu. bahaha

wah wah. panjang pulak cite pasal makanan. ngaa. kitorang buat slideshow jugak. pasal french cuisine. bolehla. walaupun membosankan. tah mende tah orang french ni makan. usus khinzir la, belut punya darah la, siput babi la, ngarot dol. ishy. biarlah diorang. mereke mempunyai lidah yang dahshatun. pegi booth jepun, muak tengok origami. kengkawan aku rajen nak buat origami. aku, malaassssssss. wawawa. aku tampal-tampal poskad monsieur azhar kat board, serius lawa-lawa poskad tu. tempat-tempat die. alamaaak. tak sabar nak pegi sane and alami sundiri kehebatannya. haha. now that has to wait la kan. 2 years. awuuuuu

segala pic-pic international day ni aku upload laen kali. gambar sume kat nazreen. tengoklah nanti kalo rajen nak upload. hee :)


bape hari je lagi hazim nak fly dah. dia sangat-sangatlah busy lately. nak mesej pun takde mase. but it's ok, i understengg. ade sesape nak hantarkan aku gi airport tak? nak pegiii hantar dieee :( agak terkejut achik comfort aku kat friendster. heheh. time kaseh. to tantan too, thanks. lutfi? ko taknak comfort aku? ekekeke.
and yes, seboleh-bolehnye i don't want that 17 of october. but what can i do anyway. i understenngg dia pegi sane pun nak belajar. demi membayar nafkah untuk isterinye kelak. ececeh. :P





ps: semalam ade sorang famous story teller dari austria datang bagi kitorang talk. i like his slang maaannn. tu je pun. ape die cakab aku tak tawu sebab aku busy tido. mengantok. ngaa



Monday, October 13, 2008

no title.

dah lama aku tenung skrin ni, tak tahu nak type ape. tak tahulah kenapa, tapi minggu ni aku takde mood, i start my monday damn badly, had a stupid headache, but thank god my first day of puasa enam went well. esok hari kedua pulak. hope it'll be fine too.


tak sume benda kita boleh nak berterus terang, because it might hurts someone, and since i don't wanna hurt them, i just keep it to myself. yes, truth is painful. really painful. because it is painful i don't wanna put that pain on them. but at the end, i am the one who is suffering. yeap, saya sedang merana. ceh. tukar bm perkataan die merana, mane tahan. haha. hmm. apesal aku emosional sangat hari ni aa?



thing is, aku taknak beterus teraaaannngggggg. paham tak?!
macam mana orang nak paham aku kalo aku tetap camni kan? ah whatever. aku tanak beterus terang. TAK NAK! and that's it.






cane cane pun,
i do love you.



Wednesday, October 8, 2008

duit syiling lima puluh sen.

nak cerite ni nak cerite ni. mehla dengar. semalam kan kan, aku promotlah blog ni kat muhammad hazim. die suka blog aku ni. haha gembira u! ni maken semangat nak mengarut ni. okeh! i tules name u banyak-banyak dan selalu-selalu.











hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim hazim



nanti sambung lagi. kan dah cakab dah, malas nak start, nanti tak habis-habis dear. agaga


sekarang hobi aku ialah mengumpul duit syiling lime puloh sen. haha jangan tanya kenapa sebab aku nak bagitahulah ni kenape. rilek-rilek. sebabnye, guna untuk basuh baju guna mesin basuh berbayar kat sini. wawawa. i ni pemalas nak basuh guna tangan. so kumpul-kumpul seminggu, sumbat mesin, siap. buat ape nak penat-penat kaki dan tangan, berdiri dan menyental segala kekotoran tersebut? hello, kita di zaman teknologi di mana teknologi bertindak memalaskan manusia. manusia seperti aku ni. wkwakakwkawakwak. alah, sekali basuh tiga ringgit je. 6 keping lime puluh sen. buat ape nak kedekut kan. jimat masa. lebihla masa untuk aku tidur. eh bukan-bukan,
study. ngaaa


aku sorang je dalam kelas ni. online. cari resepi nak buat kerja. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, curik-curik main friendster. tapi ni tak curik-curik. ni halalan toyyiba. kuikuikui. oke, saya punya kirija suda siap. nak balik la. rasa menakutkan pulak sorang-sorang dalam kelas ni. bunyi tik-tok jam pun boleh dengar. kipas? haha, kelas aku guna aircond ok. tak mainlah kipas. apa baraaaaaang.



aik. tiba-tiba mesej masuk. tomato (bukan nama sebenar) bagi aku mesej cite pasal selipar dia putus time nak turun bas. aish. kesiyan ko tomato. aku tumpang simpati. tapi nak gelak sketlah, hahahaha. 4 harkat je babe, jangan marah. lain kali ko belilah selipar besi, takkan putus, tapi berkaratla kot nanti. ngahaha. takpun aluminium ke, ape-ape yang kuatlah dan yang sewaktu dengannya. tahaha







ps to ekin: esh ko neh. tak malu betul mintak duet raya. ko lagi kentut oookkk. haaaha. bluek :P





Tuesday, October 7, 2008

aku baru tahu apa itu penat. aih

pukul 5 petang dan aku masih lagi dalam kelas. harini kelas abes pukul 3.30. lepas tu sambung kelab perancis sampai 5.30. thank god sampai 4.40 je. kitorang buat jamuan raya tadi. makan kueh raye. aku tak makan pun kueh-kueh raye tu. muaaaakkk oh. minom air je. kembong perot minum aer.
haha.

ha ni nak cite ni. aku dah dapat laptop yang abah janjikan aritu. raya ketige kitorang balik Klang. lepas tu tiba-tiba abah masuk KL. aku cam, aih, kenape pulak mesti lalu KL. rupe-rupenye nak gi low yatt. pahamla aku. nak beli laptop. ngaaa. ipan ngan cho dapat sony mp3. agak jeles sebab sony baiiii. tapi aku dapat laptop. kire lagi up lah kan. korang boleh ke online ngan mp3 haaaa cho ipann??! agagaga ayat sedap hati.
anyways time kaseh mak abah. sayang mereka :) ni first post dengan laptop barula kunonnye neh. khahkehkauhakha.

raya aku tahun ni agak best. tapi macam biase-biase je lah. takdela yang luar biase. tapi duet raye memang lebeh banyak dari last year aa. tu yang syok tu. haaaaha. raya first pakai baju warna coklat. tibe-tibe sedondon dengan muhammad hazim. aiii syoknye. tinggal nak panggil tok kadi suh mai je lagi. gahaha :D

this week i'm going to be very very busy. bolehlaa. coz this minggu international tah ape tah is coming up. so we have to prepare slideshow pasal makanan kat perancis. aku kena buat research pasal Lorraine, Alsace and Bourgogne. ni buang mase ni. tenet dahla bengong kat asrama pantai puri ipba. budus. oke oke, i better start working lah. will write again next time. chao.

nah sebijik gambar. since aku tak banyak bergambar raya ni sebab ntah angin ape yang buat aku malas ntah, ini je lah yang agak cun. hahaha. dengan sepupu dan sekakak dan seadik aku. ngaaa

ni gambar tujuan nak tayang baju coklat yang sedondon ngan ajim je. huahuahua






ps: tak sabar nak hujung minggu la. ade tetamu yang sangat sangatlah diundang nak datang. i cant waitttt mannnn. HAHA.