Sunday, November 15, 2009

Kalau Malu, Gelak.


Aku selalu mengalami situasi yang memalukan diri sendiri. Sememang memang memangnye memalukan diri sendiri dimana care nak mengelakkan dari nampak bodoh sangat adelah dengan, ketawa terbahak bahak. Nak cover malu punye pasal. Haruslah gelak sepenuh jiwa raga baten kan.


FYI, aku ni bukanlah golongan yang hebat IT ni. Setakat facebook, ym, blog, youtube tu, retilah aku. Tapi kalau masuk bab jenis-jenis file, file jpeg lah, flv, etc, idoklah aku reti. Intel Pentium Dual Core mende alah tu sume aku tak paham. Amende tah beze, bagi aku same jek sumenye. Ngaa. Aku ni dahla bute IT, selalu pulak tu berjodoh dengan orang teror IT. Cabaran betul.

Ada sekali tu aku pergi makmal komputer kat sekolah. Time form 3. Kan masa ni selalu busy buat folio KH lah, Geografi lah etc, so kenalah selalu menyemak kat sane. Even komputer gila lembab zaman tok adam pun takpeeee, dah takde pilihan laen dah. Pasrah dan terime seadenye. Eceh. Aku tengah sebok mengadap komputer buat kerja ni, and disebelahku adelah Paan used to be my boyfriend time form 4 dulu. bukan form 3, form 4. haha nak jugak sebot tu Die ni pakar sakit tuan komputer. Kire semuanya di hujung jari ah kalau bab komputer and segala isiknye. Semua orang mesti carik die kalau ade sebarang kemusykilan di talian 013 - 3 eh apehal aku tetibe gi search nombor die ni? Tetttt


Dah menaip naip ni, aku nak savelah kerja aku. Gune disket. Zaman tu pendrive memang dah ade, tapi mahal gilak kot, sape yang ade memang wahhh,mesti bapak die keje merompak bank. Disket ni pulak memang annoying. Dahla space kecik, selalu je tak muat. Muat sebijik lagu je kot? Takpon langsung tak muat. Entah, tak hengat. Aku dah hilang ingatan pasal disket ni. So aku pun insertlah disket nak save keje aku ni, sekali tak kuar kuar kat komputer tu. Banyak kali aku cube, tak keluar jugak. Hapehal komputer ni? Bongok betol. Bile dah agak geram komputer tu tak dapat detect disket ^%$##%**^%% tu, aku mintak tolonglah paan ni tengokkan (thank god die di sebelahku. ececeh) Dia pon tolonglah tengokkan. Sekali kau tau ape masalahnye?


AKU INSERT DISKET TU KAT CPU KOMPUTER SEBELAH. Bongoknye kau aqilah. Memanglah tak dapat detect. Bapak malu dow aku. Malu gila siak. Dahla dengan beliau pulak tuh. Aih, jatuh air muka. Jatuh merudum saham I taw. Ngaaa


Yang sekarang ni pulak, aku duduk sebelah Nazreen. Nazreen aka Abe Naz (name glemer, feewit) Die ni lagi sorang. Makhluk yang hebat gila bab komputer. Mahaguru habis. Tanya sikit je, tapi jawapan die bagi punye berjela siap keluar segala mak nenek yang aku tak pernah dengar. Memang selalula aku nganga bila die dengar die explain. Bukan paham pon wahaha. Then there's one time ni, bateri lappy aku kong, so mintaklah charger lappy die. Even lappy die super canggeh and tak same brand pon, lubangnye same jek. Aku dah pasang ni, tapi tak berlampu kat lappy aku yang menunjukkan sedang charge. Aku benganglah. Apehal ni? Nak cas nii, janganlah mengade. Aku gitau Nazreen. Pastu die tengok for awhile, then die kate :


MEMANGLAH TAK BERLAMPU DUE DUE. KO BUKAN BUKAK PON LAPTOP KO. SATU JE LAH YANG BERLAMPU. YANG NI LAMPU TOK BATERI. Eh, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, yekeeeeeeeeee? OoOOoOooOooO baru nenek tahu. Apesal tah bende simple camni pon leh aku tak perasan. Dahla dengan mahaguru, terserlah kebodohanku disitu. Betapa kerdil kurasakan diri ini. Malu sekampung weii





Takpeeeee, gelaklah. Wa takda hallllllll, wa sportinggggg. Tak sia-sia rupanya aku ada bakat semulajadi gelak kuat-kuat. HAHAHAHA

Byeeeee

Wednesday, November 11, 2009

Orang Forward, Aku Reverse.


Pernah tak rasa down sebab orang lain macam semua pon faham, tapi kita sorang je terkial-kial tak paham? Pernah tak? Takkan tak pernah. Penipuuuuuuuuuuu

OK aku bagi satu contohla. Tapi sorilah kalau contoh ni tak relevan di mata Mahatma Gandhi. Eh ape kaitankah.


Let say, kat sebuah tadika ni, biasalah, tadika kan, semua still bodoh bodoh alang lagik. Baru merangkak rangkak belajar mengeja bi ay BA, jey yu JU, B-A-J-U. bi ay BA, bi ai BI, B-A-B-*. Cikgu aku macam pernah ajarla dulu word tu kat tadika. Ohh, padanlah sekarang aku pandai sebut benda tu, kat tadika rupanya aku belajar. Sila blame cikgu tadika saye ye tawan tawan

Alkisahnye, dalam keramaian budak-budak selebet pakai tudung senget-senget songkok lusuh lusuh (standard ah budak tadika. Tudung gila selekeh. Tak caye pergi tengok gambar kelas zaman tadika sekarang) ada seorang budak ni, dia dah terror sket bab mengeja ni. So, dia boleh eja word yang suku kata lebih dari dua. Orang lain dua suku kata je, masuk 3 suku kata mesti lingkop, tapi yang budak ni, bila 3 suku kata dia hebat, masuk 4, hebat hebat, bila 5 suku kata, hebat hebat hebat. Masuk 6, hebat hebat hebat hebat. Kalau 7? Eh dahlah penat aku nak type word hebat

Tapi masalahnye korang tau? Budak tu might be terror eja word yang panjang-panjang, yang susah-susah, tapi perkataan pendek macam 'aku', 'kau' dan 'dia', dia tak reti. Semua orang boleh eja kot, tapi dia sorang je ketinggalan zaman tok adam. Bapak kesian wei. It's like, you're very good in Mathematics but you don't even know how to count 123. You're very good in spelling but you don't even know how to read ABC.


Sebenarnya kena kat diri sendiri. Aku rasa benda tu susah, but semuaaaa orang boleh jawab. But bila aku rase benda tu senang, rupanya ramai yang cakap susah. And tak ramai boleh jawab. Alright, what is happening to me can anyone explain it?


Sebabnye kan, aku rasa macam bodoh gila. Benda senang pun taktau. Choyyy




Friday, October 23, 2009

Kenal Tak Hantu Koko?


Tolong tolong! Tolongggg.


Aku kempunan nak coklat. Sangat sangat kempunan. Mungkin akibat bayi yang sedang ku kandung ini. Dah hampir 4 bulan usia beliau. Hmm.



Haha vodo. Bile mase pulak aku mengandung ni. Atoyy. Suami pun takde. Boyfriend adelah, tapi hoii, aku masih waras lagi okeh. Mekaseh



Aku tak suke coklat cadbury. Sangat manis. Cepat muak lah. Memanglah murah, tapi entahla, tak syok sangatlah cadbury. Aku suka Beryl's ke Beryls tah cemano lah eja aku tak pedulik. Beryls coklat dia tak manis sangat, and tak pahit sangat. Rasa dia sedang sedang saja. Layan ah. Beryls Camior especially. Dark chocolate dia perhh, menusuk kalbu siak. Soka gila! Sokaaa sangat sangat tawww. Hahaha. Actually kawan aku yang promote. Adek die belikan untuk dia. So, takdelah banyak pun aku rase. Tapi, first impression stays for quite a long time kan? Boleh pakailah rase rase aku ni.

Ferrero Rocher pulak? Tak suke I don't like. Dahlah mahal, bukan sedap sangat pun. Baek beli roka Apollo tu. Aku tak berape minatlah perrero roceh ni. Lucky tau awak mr boyfriend, saye tak suke coklat mahal. Wehehe. Senang ceritalah u oll, I suka dark chocolate. Tak manis sangat. Manis manis pahit gitu. Aiceh, sejak bila tah aku pandai jaga makan tak makan benda manis. Pelik?


Tapi sebenarnya yang aku nak the most, yang aku memang gile gile craving ah, ADELAHH, (jap buat bunyi saspen dulu) jeng jeng jenggggggggg --------


------

----------------------
-------------

----------------------------------------

--------------------------------------------------------

----------------- eh ni tah ape motif aku tekan garis garis ni tah,



ok sambung saspen, jeng jeng jengggggggg


*kejap, nak google gambar*




biar over over sikit effect saspen die. baru orang saspek.



OK TANGGACHII, COKLAT UNNE SIAP!





tadaaaa!

Alahaii kecik cemoet pulak gambar yang aku jumpe ni. Takpelah labuuuu, sesuaila dengan si penulis blog ni kannnn. Hahaha. Cover malu punya pasai. Konon nak saspen sekali gambar semut api je. Eh sukela hati.


Anyway, ade sape sape nak belikan aku Vanhouten Semi Sweet with Almonds ni? Sumpah I hampir meroyan ok nak coklat ni. Baek belikan untuk aku cepat. Sebelum aku bakar mesin basuh blok 6 ni biar semua orang tak dapat basuh baju.



Oh, takde jugak orang nak belikan?



Okeh takpe. MALAM NI JUGAK AKU GI BAKAR. MUHUAAHAHAHA.


Bye.

Thursday, October 22, 2009

Lu Apahal? Nak Gadoh Dengan Gua?


Hello, world.


Setahun kat sini rasa macam dah lima tahun ok. Tension gile kot. They said kitorang ni dah adult, so act like an adult would you pleaseeee, tapi, TAPI! diorang yang treat kitorang macam budak budak sekolah budak hingusan. Hey? Apehal? Konservatif gila kau, orang tua. For god's sake we're in 20th century okay. Bukannya zaman purba pakai cawat cawat gi buru babi. Ha emolah ni. Kehkeh. Emotional gila gua. Wa tak boleh a bro, siyes tak boleh. Yang peliknya kau tu belajar kat luar negara kan? Kenape pikiran macam makin se-hem-pittt je? Kesian, kurang kasih sayang. Haha.


Oih kejinya. Dah stoppit lah keyla.


I'm sorry I can't reveal the name and such. So let it be like this. Kau macam taktau je kat Malaysia ni censorship is a must. Bahayaaaa. Tak sanggop gua beb, cakap belakang jelah kan. Chicken style bahaha.


I don't know who taught me to be this rebellious type. Maybe jugak sebab aku rapat dengan budak yang lebih dashyat rebel dari aku. Ehem, sila terase ye mr bestie. Haha. Tapi tak kesahla, kadang-kadang rebellious aku ni bergune tahu. Kawan-kawan aku mane berani nak cakap kalau tak puas hati. Diorang bersikap lebih suke terime je ape ape eventhough bende tu salah and menyakitkan hati. Aku? Wah, no way man. Aku pernah carik pasal dengan sorang lecturer ni tau (but not my own lecturer, of course) Bukan carik pasal ape pun, just nak tegakkan justice lah kan. Takkan kite mentah mentah nak telan bebodoh orang buat dajjal dengan kite? Aku tahu bahawasanye aku betul so aku berani suarekan ape aku tak puas hati. Tak kuase aku nak jadi bangang ikut telunjuk orang cenggitu. Kene ikot diee je. Macamkan dia soranggg je yang betul. Sakit otak betul orang cenggini. Annoying siak


But it pays to be this outspoken and seeking for justice. Seriously. I am soo proud of myselflah for that. Lecturer tu boleh terdiam dengan ape aku cakap. Yang mula mula dia macam sungguh sungguh nak marah aku. Last last die yang terdiam tak terkata. Haa, kecik kecik cili api okeh. Aku manede gune harsh word, mind you. Perasaan hormat tu still ada. Aku pegang satu je, macammane orang nak hormat kite kalau kite tak reti hormat orang lain. Kan? Eh, tak payahla puji lebih lebih. Blushing i taw. Haha


Jadi tawan tawan, saye menyeru kepade semue, jadilah rebellious. HAHAHAHAHA tak gune punye nasihat. I mean, not all the timelah. Sometimes it can be useful and valuable. We never know. So, rather than being a chicken setakat berani mengumpat belakang je, ape salahnya korang stand up, speak out, and seek the justice. Jangan takut jangan cuak, as long as korang is on the kebenaran side, nothing else matters. Believe in yourself. Who knows you could make a change like i did? Cehwah, naik troli tolak sendiri. Eh sukela hati gua ngaahaaaha


Selamat mencube tuan tuan puan puan. Semoga kite berjumpe lagi di lain hari pada waktu yang sama dalam rancangannnnn Keyla di Manaaaaa? Keyla di Siniiiii. Sempottt


Babai aku nak menikmati minuman favourite aku, milo 3 in 1.

Saturday, October 17, 2009

Say Hello To The New Me


Salam Alaik.

Oh hye. I seriously am like a biskot chipsmore kan. Kejap ada kejap takde. Seriously malas ok nak update blog. Who cares anyway if i din update my blog haha wtv.


Suddenly today i have the feeling nak update pulak. So here i am.
By the way, say hello to the new me! The miss-independant-me. Yeah baby, no kidding. Kan bagus kalau dari dulu lagi aku sekuat ini? I should thank The Almighty for giving me such strength. Alhamdulillah. My days are more meaningful that words could not describe i tell you.


Tibe-tibe je macam skema pulak kan. Haha pape jelah labuuuuu.

Baru-baru ni my classmate macam majoriti addicted kat satu cite ni tau. Kalang a ni mastermind die. Gi sebarkan virus virus kat kengkawan aku. Habeh sume dok ngadap laptop berjam jam ber hari hari nak habiskan semua episod. Alltogether 22 episod. Tanya soalan pun diorang boleh buat dek je tak jawab. Haa gila kau. Annoying habes!

Pastu aku pun tryla jugak nak tengok ape best gile ke cite diorang tengok ni. Ape sangatlah yang menarek perhatian diorang tu bak sini aku nak tengok aku pun nak paham hamende yang buat korang gile sangat. So aku pun tengoklah, mintak makcik pija yang dok sebelah i ni transfer 5 episod dulu. Makcik ni lagi dahsyat tahuu, sampai search youtube tengok trailer, tengok interview para pelakon die and such. Yang makcik yana siap buat wallpaper desktop. Weh, ni dah kes kronik dah ni weh. Ish ish ish (geleng kepala)

Tengok first episod macam, oklah, boleh terimalah cerite ni. Sambunglah tengok second episod. And third. Then fourth. Pastu episod lima. Time episod lima banyak interval sebab dok chatting dengan mr boyfriend and mr bestie. Takpe, still go on jugak watching. Bila dah episod 6, in which i watched them back home sempena cuti deepavali ni, dalam bilik, sorang-sorang, kunci pintu, malam-malam pulak tuh (hoi macam tengok filem tutt. haha) memang feel habis ah. Lapar pun boleh jadi kenyang tahu. Habis satu episod sambung lagi, sambung lagi. Kalau boleh nak teros habeskan.

BAPAKLAH BEST DOW CITE TU. SERIYES BEST AKU TAK TIPU WEHHHH.

Jadi kawan-kawan, yelah, i knowlah u ols nak tau cite ape. Rilekss, aku nak bitaula nehh. Cerite tu tajok die LEGEND OF THE SEEKER. Pelakon hensem-hensem. Even yang jahat pon hensem. Tak tipu weh. Siyes. Yang pompuan jangan cakaplah. Ada rupa, ada body. Seot, buat aku envy nak body macam diorang. Especially belah atas lah. HAHAHA BODO.

Sekarang baru aku paham kenapa. Aku taknaklah blame Kalang dah. Aku nak thank him for the awesome TV show. wohooo thanx kalanggggg

Dah aku malas nak tules bebanyak. Sendiri tengok, dan alami. Cehwah macam ape je.

Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!


ps : oh richard cypher. ohhh my hero! ok angau. stop it, aqilah.



Tuesday, September 8, 2009

Keserabutan.


Aku serabot. Serabot amat. Dengan loker semak tak hengat. Meja behabok, buku bersepah sepah. Baju sebakul setong tak basoh, and dengan banyak benda nak buat, and banyak benda jadi, aku serabot. Sumpah serabot



Now tell me, macam mana nak ok?




Dah aku nak hafal skrip teater. Esok ade pertandingan teater ergh what the fish.

Monday, September 7, 2009

Penatlah Fikir Tajuk Post. Jadi Inile Tajuknye.


Salam alaik.

Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah masuk hari ke 17 kita Ramadan. Pejam celik, pejam celik, dah 17 hari dah puasa. Cepat betul masa berlalu, kan? Kadang bila tengah khusyuk membuang air, sedar tak sedar dah 25 minit kita spend masa dalam bilik termenung (jamban) memikirkan masa depan. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Eh busuk gila contoh aku bagi. Aku memang tak boleh betullah kalau bab bab nak serius ni. Mesti tak jadi. Choyyy



Harini takde bende spesial yang aku buat. Sume tak spesial pon. Weh aku tak guna bad words ok. Memang kalau dalam french nak cakap 'special' sebut die 'spe-si-al'
Rite, whatever.


Aku tau korang mesti nak korek pasal aku dengan mr boyfriend kan? Elelele ngaku je lah. Wahaha poyos giles. Macam orang kesah je. Weh perasan la kau, aqilah. Please ah weh, please., kateku kepada diri sendiri. Well, so far so good. Kitorang ok ok sajah. Mr boyfriend tengah cuti. Balik malaysia. That's why tak heran sangat internet ni. If not dulu every saat every minute pun aku nak mengadap laptop. Tidur pun aku on laptop on ym semate-mate nak dengar buzz. Aku dengar buzz je boleh terjage tahu. Be it pukul 3 pagi pun. Iye weh nak bagitahu betapa rindunya I kat mr boyfriend dan sanggupnya I menanti cehcehh. Aku taknak para pembaca aku muntah muntah and allllll my secrets admirers (perasan) aku bunuh diri. So sebelum pape baik aku stop cerita geli geli cenggini.


Cepatlah minggu ni habis. Aku dah penat mikirin video enggak siap siap lagi donk. And tak sabar tunggu weekend ni. Tak sabar gila serius tak sabar wehhh. Not gonna tell you right now na na na na.


Be patient. Be very patient. Byyyyyeeeeeeeee








Thursday, September 3, 2009

Aku perlukan Ais Bertong-tong Untuk Sejuk.

Yaw people. DJ Keyla in da housee, please stand up please stand up, yo please stand up !!!! Ok dah duduk balik.


Assalamualaikum. Tak jawab doseeee ( ayat tipikal jantan jalanan. Haha )


Harini aku nak komplen something. Rase dah lame aku tak membebel memaki hamungg. Mintak mahapla yek. Sape sape yang bace terpakse sharing sharing dose dengan I. Haha. Sape suruh kau nak sangat bace (ayat berlagak. haha sukela hati)


Aku memang dah lame aa tak puas hati dengan Celcom. Serius macam tuttttttttt dow. Dulu masalah time aku register broadband. Aku sign up for pakej 68, tapi bila aku kena bayar first bill tengok-tengok die registerkan aku untuk pakej 98. Lemaklah wei aku nak bayar 98 hengget tetiap bulan. Kopak aa aku cenggini. Seriously, buta ke bang? Buat kerja macam mane ni? Nak kate laju gila broadband aku, HUH HARRRAMM. Kekadang terdisconnect sesuke hati bapak tiri nenek dia. Lepas tu nak tunggu habes load satu page aku boleh pergi mandi and siap habis karaoke 7 bijik lagu Britney Spears, baaaru siap load. Especially website yang macam berat-beratlah yang pakai flash player and stuff. Mane tak tensi Bedah oii. Grrr

Lepas tu yesterday aku nak topup. Since kat tempat aku neh adelah payah nak dapat topup, nak topup kene menapak gi Amjal ko taulah aku ni girl next door malas tahuu nak merayau rayau sampai ke amjal tuh (ceh, dan-dan mengaku next door) So aku pun mintak tolonglah Pija topupkan through CIMB Click. Eh biaselah, mestilah advance beb. Ape baranggg penat-penat menapak semata mata nak topup nguaahaha. Sakit kaki I ni nanti taww

Yang aku peliknya dah successful ok proses pe-nopup-an itu. Maigod, teruk gila bm aku ni. T_T Tapi, HAPESAL TAK MASOK MASOK LAGI NEH? AKU NAK GUNELAH, MANGKOK. Kredit gua dah zero for like, 3 days kot? Gua ada hal penting kena mesej kawan gua bro. Gua nak mesej kekasih lagi satu hal bro. Jangan aa bikin gua camgini. Cannot go lah ini macam. Haihhh. Sampai ketengah malam aku tunggu tak masuk-masuk jugak. SOS topup? Dah, aku dah guna dah last week. Habeh dah pun. So kene topup gak cemane cemane punnnnn


Last-last masuk jugaklah. Masalahnya bila kau tahu? PUKUL 11 PAGI TADI. Bangkai. Aku mintak pukul 10 malam semalam. Celcom ni memang nak kene hempok. And here comes the mostt annoying part, tak sampai sejam pun topup, dia dah tolak kredit aku awal-awal sebab buat SOS topup haritu.


WAHWAH, NAK TOLAK KREDIT AKU CEPAT PULAK ENKO YEK CELCOMANGKOK. Annoying kan? Lagi tambah annoying bila dia tolak 2.50, 50 sen as servis caj. Double mangkok. Same jugak if buat share kredit, nak share sehengget jek, tapi sekurang-kurangnya mesti ada 1.50 sebab 50 sen servis caj. Heyyyy menyampah tol aku syarikat neh. Nampak sangat kaut untung over-over. Cube bayang berapa ratus ribu pelanggan celcom gune khidmat share neh sume, tak ke kayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa syarikat diorang?


Lagi satu macam tuutt. Iklan sungguh sungguh gila gila dahsyat siap buat promosi merata pasal Upax. Plan murah, takde kredit expired. Memang paling murahla banding dengan yang lain. Aku dah almost 7 months jadik pelanggan celcom specifically Upax ni, tapi kenapa aku ada je kredit expired? Ada kawan aku 2013 baru expired tak kesahla dia topup berapa hengget pon. Tadi gi mid aku tanyalah orang kat Bluecube pasal benda ni. Dia suruh aku pergi Celcom Centre to change my account tu. WHAT DA .....?


I can stand nomore. Banyak lagi sakitnye hati aku dengan Celcom tapi dahla tak larat aku nak membebel dah. Makin saket hati pulak. Sebelum nak blah, aku nak eja something dan tulis besar besar, boleh?





B-A-N-G-A-N-G





Huh naseb baek tak pose. Boboi


Akhirnya Aku Bukak Balik..Blog. Bukan Bukak Bajulah, Pandai.


Rakan-rakan, hai!

OK sekali lagi blog aku kejap bukak kejap tutop. Alright I've decided not to privatekan this blog anymore. Lepas ni aku nak promot kat facebook blog aku. Saje nak poyos. Even takde sambutan pun (ayat mintak simpati weh T_T) Hahahaahahaha eh sukela hati


Oh baidewei, Happy Ramadan to all. Like omaigod i cant believe dah nak masuk pertengahan ramadan dah. So to all, and to me, and to you, and to mak abah, and to adiks beradiks and to mr. love (nak jugak tuh) marilah kite sama-sama tingkatkan amal and manfaatkan saki baki ramadan yang maseh ada ni. Insya Allah. Haiya binaa!


Wahh. Terserlah ke-smap-labu-an aku disitu. Ehcehwahh


Semalam kan u oll, I hantar senior I kat airport. By the time aku tulis ni diorang dah selamat dah kat bumi Perancis nun jaohhhhh disana. Alhamdulillah. WEH DIORANG DAH KAT PERANCIS DAH WEHH. isk isk nak jugakkk. tak sabar nye i u oll. Hahahaha OK dah, shadapyu.

Meriah jugaklah semalam. Ramai gile kawan-kawan diorang datang bagi sapot. And ofcos family diorang wahjeblah ada kat sane kan? So memang meriah lah. Bila diorang nak check in tu sayuuu je tengok. Diorang pelok peloklah kan mak ayah and family diorang. Nanges-nanges tu tipulah takde kan. Huish, ku tengok pun macam sebak gitu auww. Tak boleh the blah. Ngaahahahaha.

And to Cohort 3, all the best in your studies!



Rite, aku dah takde idea nak mengarot ape malam ni. Hmm. hmmm. hmmmmmmmmmmmmm. Hmmmmmmmmmmmm. Aahlah, memang idea tak datang nampaknye. Puas aku menyeru datanglahhhhhhhh but beliau malu mungkin? Hm, mungkin.


Boboiiiiiiiii!!






Wednesday, July 15, 2009

Sumpah Weh. Aku Tak Sangka Langsung.


Bahawa adanya orang yang nak baca blog aku yang penuh dengan hasad dengki, caci makian dan tipu dusta lagi durjana ini. Ceh, ayat gua boleh buat Cikgu Arshad Cikgu BM aku dulu melutut depan aku. Bahaha tahap perasan aku dah mencecah 345 darjah Celcius nampaknya. Hentikanlah, aqilah.

Alkisahnya aku tadi sedang menelaah...Facebook. Secara tiba-tiba, aku ditegur seorang jejaka tampan dan macho mempunyai six packs dan bermuscle-muscle, senang cakap menjadi rebutan gadis-gadis Malaya ok dah dah cukup. Banyak dah dosa aku nih. Menipu tak habes. Jejaka itu bernama Meor (nama sebenar). Wahai Meor aku tahu ko bace ni, sila jangan marah nanti cepat tua.

Lalu terjadilah perbualan seperti berikut :

WEH KENAPA BLOG KO TAK BOLEH BUKAK NI?

So aku jawab,

AKU MALAS DAH NAK UPDATE-UPDATE BLOG NI. NAK DELETE SAYANGLAH PULAK, SO AKU PRIVATEKAN JE LAH.

Dia balas,

ALAAA, TAKDAPAT AKU NAK BACA KO MENGAROT-NGAROT LAGI.

Aku pun macam

EH NI JUJUR OR NAK BODEK AKU HAPE?

Pakchek itu pun cakap,

JUJURLAH, AKU SUKA APE BACA BLOG KAU.

something like that lah bunyinya.

Aku pun tibe-tibe terkembanglah pulak kan, ade peminat rupenye blog tak seberape ni. Haha jadi terkeluarlah jawapan artis aku,

ATAS PERMINTAAN RAMAI, SAYA AKAN TUNAIKAN PERMINTAAN ANDA. ehcehcehhhh

Ramailah sangattt. Sorang je pon. Wakakaka. Aqilah, tepuk dahi sendiri, bagi sedar sikit.

OK itu yang pertama.

Cerita kedua.

Tadi, sedang aku menelaah.... Facebook (eh kenapa ayat aku macam sama dengan kat atas? jap check balik jap) A'ahlah. Sama. Nampak sangat tak study. Main facebook memanjang. Dahhh, sambung cerita hangat ni weh, bila nak habis. Janganlah menyimpanggg

Amar tegur aku kat YM. Dia pulak tanya camgini,

KENAPE BLOG KO TAK BOLEH BACE NI? CENSORED KE?

Bahahahahahahahhahahahha. Amar enko nehh. Takpe takpe. Tunggulah. Satu hari nanti aku buat blog XXX ye. Confirm ramai datang melawat. Berbondong bondong umat datang.

Jadik aku pun jawablah benda sama yang aku cakap kat Meor;

AKU MALAS NAK UPDATE-UPDATE SO BIAR JE LAH PRIVATE.

Sekali dia bagi jawapan yang buat aku kembang kuasa kuda yang berganda-ganda lah pulak.

ALAAA...NAK DELETE KE? BORINGLA AKU NANTI. AKU SELALU BACE BLOG KAU. I NEVER EVER MISS ANY OF YOUR POST TAU...

Haa tengok. Aku tak tipu ok. Tengok, lihat, baca dan eja. Blog I ada peminat lah you all sume!! Tak sangke betol I taw. Terharu gitew. Dan-dan aku bertukar gedik macamni. Nguahnguahnguah


Alah aku tau, korang kesian tengok aku macam desperate gila, excited sangat alahai, baru setakat dua orang je pun yang baca blog ni. Kecoh macam hape. EH ADE AKU KESAH KE JOYAH? CAK CAK CAKECAKCAK CAK (Sape peminat astro ria konpem tau ape menatang aku buat neh. haha)

Thanx to Meor and Amar. Sebab korang aku update harini. Sumpah aku terharu. Haha. Well aku tulis blog memang bukan niat nak dapat banyak follower or whatsoever itu pun. Sebab sape pun nak jadi follower aku? Cey ayat melodramatik seottt. Bagi akulah kan, aku blogging, sebab nak memaki akak Auntie Anne's yang bagi aku Pretzel hangus. Wakakaka



Baidewei, harini kelas teater sangat seronok hingga menjilat ibu jari kaki. Sumpah aku ada kawan yang sangat berbakat bab-bab teater and berlakon ni. Oh, tak terkecuali ya, empunya badan yang sedang menulis blog ini. Siap pernah menang Grammy Awards ni kotttt.



Hahaha geli tekak I


Ok tu je, boboiiiiiiiiiii!!!

Tuesday, June 23, 2009

Kau Ni Suka Sangat Merungut Lah.


Alhamdulillah. Sukurrr kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku dah mula sem baru. Sem 3 dah weyyy. Happy feet! Tak sabar nak fly ni nanti boleh merendek pergi Egypt hahahahahaha. OK berangan. Lambat lagi lah weyyyy. Setahun lagi. Pass ke tak exam pun tak tahu lagi. Dahla tu cukup cukup.


Dah masuk hari kedua. So far aku dapat rasa Sem ni memang gila busy lah. Tak macam sem lepas aku banyak berpohye-pohye (bukan pokya lah cett) Tapi sem ni time kelas pun macam stress stress sikit. Masih awal lagi kot? Takpe kita tengok.


Dannnnnnnnn PALING aku tak suka aku kena banyak berjalan tahuuuu. BUKAN BERJALAN-JALAN PERGI SHOPPING WEH, PERGI BUAT FOTOKOPI OK. FOTOKOPI. Penatlah camgini tsk. Naik turun tangga. Aih. Dahla kasut baru ni tinggi mana tak lenguh kaki kalau asyik nak naik turun tangga je adeh adeh. Lepas tu tadi laptop tak bawak so time kelas TPE kena guna laptop tak pasal-pasal kena balik asrama amik laptop. TANGGA LAGI. Kat asrama pulak sekarang ni lif rosak dhfsdhgffgrefbvnsdalkgfdjg so bayangkanlah kena mendaki tingkat 5 pulak. TANGGA LAGI EPISOD 2. Dah amik laptop yang RENGANNNNNN ni kena daki lagi tangga nak pergi kelas yang keseluruhannya macam tangga kat Batu Caves. Hyper the ball nampaknya. Eh biarlah ada aku kesahkah Karim?


Kesian I tahu T_T


Kelas pulak tadi supposed habis pukul 1.30 tiba Mr. Liew extend sampai 3.30. Non-stop. Kelas aku start 8 pagi yeh. Break 30 menet je nak makan. Pastu yang petang adalah dia bagi break kejap 10 minit. And belanja cucur udang makaseh monsieur i yang comel comel (barulah nak puji pembodek gila aku) Bila dah habis tadi memang aku semangat solat apesume sebab tak sabar nak LANDING TIMEEEE huahuahuahua



Sekali roommate I Dilla, Yana and Yin Swan yang machem-machem tu tengok movielah pulakk. Tengok cite The Last House On The Left yang bapaklah jijik dan ganas bebbb. Ha weyy. Jadik terganggu lah beauty sleep I ni u ollll sume. Sebab layan diorang menjerit dan menggeli geliman. Tambah pulak dengan bunyi movie itu senirik yang ala biaselah movie. Nak nampak gempak bunyi mesti kaw-kaw punya. Macam tak biasew pulawk you nehhh


Dan sekarang ni aku berblog dan ber-atas-garisan (online). Hazim tak online lah pulak malam ni. Oh a'ah kan, dia nak exam esok, or lusa kot? Maybe. I tak surelah pulak hehe. All the best dear! Don't worry saya selalu doa awak lulus and dapat balik Malaysia ASAP. Amin. (Wey aminkan lah jugakkk)


Wahaa tak sabar okayyyyyyyyy! Baibaii!!

Friday, June 19, 2009

Pengumuman Penting Yang Menyakitkan Hati. Kau Tapayah Bacelah.

Pengumuman kepada budak-budak bangang,


GET A LIFE LA WEYYYYYYYYYYYYY!!



Huh



Ok bye.

Thursday, June 18, 2009

Perkenalkan, Teman Se-bitchy I. Oh, Dia Dah Tua Harini.

TADAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Hai nama saya Intan. Lebih glamor dengan Tantan. Tepi sikit saya nak makan. (wah, macam pantun. ekekek)

Ko ingat tak ko pernah cakap 'Nasib baiklah jambatan ni dapat tampong berat aku' AAA JANGAN TIPU AAA, MEMANG KAU YANG CAKAP OKKK.

Aku tau ko nak mini cooper weh, tapi ini je yang mampu buat masa ni. HAHAHAHA GELAK KEJI

Wah comelnya kita berdua. Hahahahahahahahahaha gelak berdekah-dekah

Pasaipa la muka hang macam tu combii? Jangan marah haa nanti kena jual WAKAKAKAK


OK MUKA KAU MEMANG TAK DINAFIKAN SANGAT EKSOTIK. MACAM CHIPMUNK KAN KAN? KIHIHIHI

Kalau bab makan, mesti dengan ko. Kalau dengan ko, mesti bab makan. It's natural ya know. Yo yo please stand up the anak gorilla in the house yaw man.


Aku rindulah zaman ni. Sumpah aku rindu. Kalaulah boleh putar masa balik, aku nak buat kentang putar sekarang jugak. Laparlah pulak gugugu


Untuk penutup aku letaklah gambar ko paling ayu kan. Wah tengok, aku gerentos ramai jujaka jujaka boleh cair tengok gambar ni.


Hahaha geli bulu ketiak den.




Dear Intan Soraya Mohd Musa,

HAPPY 19th BIRTHDAY BABE!!
semoga panjang umur, bertambah-tambah rezeki berat, and berjaya dunia akhirat sayangggg :)


AKU SAYANG KAU WEH. SUMPAH AKU SAYANG KAU GILA-GILA PUNYA SAYANG.
Untuk itu, NAHHHHHHH terimalah ciuman aku.......

mwwwaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tihihihihiihihihi :)



ok bye!


Tuesday, June 16, 2009

Rumah Manis Rumah!


Or orang kelantan cakap, home sweet home. Haha.


Hai Dunia! Katakan Tak Nak kepada Rokok. Tibe-tibe je aku ni. Hmm, harini aku balik rumah. Sebab masih ada baki cuti seminggu. Haritu terpaksa balik kampus balik sebab ada exam. Pelikkan. Orang exam dulu baru cuti atau busuk sikit cuti dulu baru exam takpun PALING BUSUK SEBUSUK-BUSUKNYA ADALAH TENGAH-TENGAH CUTI KENA EXAM.


Kasihan kau nyah oi.


Aku plan nak balik awal, dalam pukul 8 dah siap dah ngendong beg nak balik. Tapi. Tapi dah semalam tidur pukul 4 pagi kan. Imposibel lah untuk aku bangun awal ni alah same je aku tidur awal tidur lambat aku bangun lambat jugak. Encik Teman Lelaki siap semangat dah call aku pukul 8.30 suruh bangun siap-siap nak balik. Sorrylah Encik Teman Lelaki, saya jawab awak punya call pun dengan mata tertutup tahuuu. But still saya sedarlah apa saya cakap. Tak larat nak bangun je kihkih. Anyways, thanks banyak-banyak awak. Sudi call saya even awak 3 4 pagi kat sane. Awww (terharu)


Before balik aku pergi Celcom Centre kat PJ. Niat dalam hati nak maki maki (jatuh air muka ni haa, hari-hari kerja aku memaki. Eh ada aku kesah? Cak cak cak cak cakecak cak) sebab plan broadband yang aku mintak time daftar tak sama dengan aku mintak bila dapat bil. Lemakla weh nak bayar 98 hengget sebulan. Tak dapatlah nak sopping sopping lagi camgini tskk. Ceh yo yo oo je aku. Padahal mak abah yang support. Terima kasih mak. Terima kasih abah. Terima kasih kepada semua yang menyokong dalam karier saya ini. Terima kasih juga kepada peminat-peminat saya. Tanpa anda, siapalah saya. Saya sang eh eh ni apa kes aku ni? Melalut la pule.

Inilah akibat banyak tengok dot dot dot dot


Weh kau nak tahu aku tak jadi pun nak maki-maki. Nasib baik akak tu macam comel je, muka manis. Buatnye dapat akak muka busuk macam semalam, memang aku bukak silat karipap aku. Haha bodos je. Bila nak bayar bil yang aku terpaksa jugak bayar eventhough mahal seotttototototo, akak tu pergi bundarkan bil aku. Takdelah banyak pun, bil aku RM104.80 and dia genapkan to RM105. 20 sen je kan. Wey duit jugak tu wey. And aku cakaplah,

EH MANE BOLEH, CELCOM DAH BANYAK UNTUNG DAH KAYA DAH. MANA BOLEH MACAM NI RUGILAH SAYAAAA. nada : masih cool dan macho

Akak tu jelaskan,

TAKDELAH MS AQILAH, EVEN BUNDAR PUN, YANG LEBIH TU STAY DALAM ACCOUNT CIK. CONTOH IF CUSTOMER BAYAR 100 TAPI BIL DIE 50, YANG LEBIH 50 TU AKAN DITOLAK UNTUK NEXT BILL.

Oh ok. Aku terase bodos untuk seketika. Sekarang pun aku terasa bodos-bodos alangs lagis. What was I thinking? Tawar-menawar kat Pasar Siti Khadijah? Kalau bayar bundar dia untung lebih lah kan. Kalau sorang 1 hengget 10 orang dah dapat 10 hengget untung.




Yeah right, what-ever-lah.



Lainkali betulkan niat, Mokcik Aqilah. Jangan asyik nak memaki je kan dah malu. Wiwowiwowiwowiwowi (takde motif) Blushing I begini.


Boboi


Monday, June 15, 2009

Aku Rasa Aku Macam Nyamuk. Kecik dan Sangat Annoying. Nyah kau nyamuk.


Baiklah. Untuk menambahkan mood dan semangat penulis blog yang kurus kerempeng ini, YAAA, AKULAH. SAPE LAGI KAN. Aku nak memaki sepatah dua kata dahulu. Wah tengok, nak tambah mood kena memaki dulu. Astaga mengucap nak, mengucap.

Tadi alkisahnya aku lapau gilau nak mampau. OK bahasa melayu betulnya, lapar yang amat. Ataupun sangat lapar, atau boleh juga dikatakan lapar kuasa dua. Eh apa ni, aku bukan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ookkkk.

Kembali kepada cerita. Sebagai nak alas perut sebelum aku jumpa nasik, aku pergilah beli pretzel Auntie Anne's. Lama jugaklah pilih. Taktahu nak beli apa, rasa nak beli semua sebab semua macam sedap. Haha thomaknya kau, makcik.
Aku belilah pretzel almond kan. Oh lupa nak cakap, akak yang jual tu muka memang masam macam orang takboleh berak sebab sembelit. So akak yang jual ni amikkan lah untuk aku satu. Dia amek paling hujung sekali. DAN WARNANYA YANG PALING GELAP. Aku pun cakaplah,

AKU : Kak, tukarlah. Nak yang ni.' *jari tuding-tuding kat yang aku nak*

AKAK MUKA BUSUK : Alah same je dek. *pastu tutop tempat simpan pretzel tu kuat-kuat*

OH OK. MACAM BAGUS. DEY MINACHI (eh, dia bukan indian tapi malay ye), AKU YANG BAYAR EH, AKU PUNYA SUKALAH NAK PILIH MANA SATU!

Aku macam biarlah, bayar je lah aku nak makan dah lapar. Tiba-tiba kau nak tahu Senah? Warna dia macam agak gelap sikit kan, rupe-rupenye hangus!!!!!!!!! Dan rasa dia macam pahit sikit.



MANGKOKKKKKKKKKKKK!!!


Mangkok mangkok mangkok mangkok mangkok mangkok mangkok MANGKOKKKKKK DOWH AKAK TU fakhgrgbfhbhsbdfbdfhbfasbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb.

Hish. Benci betol i taw.


*************************************************


Assalammualaikum. Hai saya Aqilah. Saya sangat bersopan santun dan berbudi bahasa.

Harini aku pergi karaoke dengan Rini and Tantan. Sangatlah gembira tahuuu. REDBOX MEMANG FAVOURITE AKU OH. Dapat melalak lalak lalalaklalalaklalalak oops terover pulak. Tapikan tan, aku rasa kalau si aku-tak-ingat-apa-nama-laki-tu-tadi takde, mesti lagi ummphh kan? Sebab bila ada laki tu, aku terpaksa mengurangkan tahap ke-bitchy-an aku sewaktu berkaraoke. Ngahahahaha.

Dan misi berikutnya adalah mencari kasut baru. I tenshenlah u olll. Bila I dah suka kasut tu, mesti takde size punya. I tasuke betol tawww. Inilah payahnye mempunyai kaki cumel macam i ni hihihihihihihi ok geli. Tapi nasib baik jumpe. Syukur syukur syukur syukur.

Ingat nak beli kasut je sekali ALAMAK TERBELI TER OK TER, TAK SENGAJE YE TERBELI BAJU DAN JUGA SELENDANG HAHAHAHAHA ADODOY,,


Terbukti aku memang perempuan sejati.


Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee (gedik)


Sunday, June 14, 2009

Rasa Nak Update Blog Tiba-Tiba.


OK let's start. Macammane nak define yang life korang bahagia? Dikelilingi kawan-kawan yang sama kepala? Yang sama gelak mengekeh macam hantu? Yang suke mengarot buat lawak bangang pastu gelak ramai-ramai sampai terkeluar semua air hidung air bawah air atas suka kaulah. Dan juga ada kawan baik yang kita boleh share semuaaa benda kecuali boyfriend hahaha dan apa-apa sajalah yang berkaitan dengan kawan aku malas nak type banyak sangat.

Ataupun hidop yang bahagia dengan family yang memahami? Mak dan abah yang sporting, adik-beradik saling share menge-share itu ini hatta seluar dalam akak pon boleh kita sarung sekali, kongsi deepest darkest secret sama-sama, dan paling best boleh paw topup ataupun makan mewah mewah macam nando's etc.

Ataupun sebenarnya life kita paling happening paling bahagia bila kita ada someone yang dipanggil boyfriend/girlfriend/pakwe/makwe/awek apa mangkok lagilah kau nak panggil. Dimana kita dibelai manja, disayang-sayang, berjanji taat setia sehidup semati you jump i jump i love you (alah ngaku jelah kau pun sama jugak kan?) etc etc. Juga beliau inilah yang menjadi bahu untuk menangis (shoulder to cry on) bila kau ada sakit ke, kena marah ke, tengah down ke, tak dapat jawab exam ke, dapat pointer rendah amat ke dan apa-apa jelah yang sewaktu dengannya.

Ataupun. ataupun. ATAUPUN. ok, ni bukan takde idea nak menulis, cuma nak buat saspen. saspen tak jadik. Gelakkan diri sendiri nguahnguahnguah


Ataupun sebenarnya bahagia dalam life yang kita carik adalah apabila kita dekat denganNya, bila baca Al-Quran terasa macam 'alangkah indahnya kitab milikMu ini ya Allah, dan bila kita baca doa kita menitiskan airmata kerana merasakan sangat kerdilnya diriku ini dihadapan mu Ya Rabb, dan bila berwirid, berzikir mengingati Tuhan yang satu mendatangkan tenang di dalam dada.


Yang mana satu agaknya? Aku pasti. Dan aku tahu yang mana sebenarnya yang betul-betul aku nak. Tapi. Tapi. Tapi entahlah.

Taktau nak cakap macamane.


Too late kah?



******************************************

Nak cerita lain. Baru lepas habis exam. I mean, REAL EXAM. Malas nak ulas pasal exam. Tengok result sudeh. Kang predict-predict, target tu target ni, tak tercapai, kan sodih tu jangggg.

A'ah. Memang eden tongah sodih. Tapi eden toraii (try) takmau tunjuk. Tapi ontah napo payahla pulak aih. Ah apo-apo yolah.

Tak macam sedih pun ada jugak. Lebih kepada emotional. Aku memang cepat emo. But boleh cool easily. Dengan bersyarat lah kan. Kalau tak, payah ah nak surut. Memang rasa nak makiiiiiii je tahuuuuuu. Sabar aqilah sabar. Sabarrrrrrrrrrrrrrrr



Dahlah. Boboiiiiii.



Monday, May 25, 2009

pelik. tiba-tiba datang cari aku. kenapa eh? tak tahulah.


Hari Isnin yang takde ong. Aku lewat datang kelas dush dush. Lewat 9 minit. Yeap, here ketepatan masa adalah sangat gila punya penting. Vital. Important. Essential. Aku kalau ikotkan memang hari-hari pun bangun awal dalam kurungan tapi tetap sampai kelas on the dot. Tapi harini tak tahu lah kenapa, aku bangun rasanya sama je, sama dengan waktu aku bangun hari-hari, tapi sampai kelas lecturer XX dah masuk. Shot! Aku lupa ok, masa first Isnin adalah si dia itu. Nasiblah badan.

Aku tengok jam aku dah kat 8.10, memang aku berjoginglah pagi tadi. Nak sampai cepatlah konon. Sampai-sampai pulak pintu belakang dah kunci so masuklah ikut pintu depan, pastu kena sergah 'YOU HAVE NO RIGHT TO ENTER BY FRONT DOOR WHEN YOU'RE LATE. BACK DOOR'

'BUT BACK DOOR IS KUNCI MADAME' dah gelabah aku pun english campur habis apa suma

'BACK DOOR!'


Aku pun patah balik ke back door apa nama tu pintu belakang.

And satu hari ni nama aku tersemat kalbu kat depan papan putih.

EN RETARD!!! (Lewat!!!)

8h 09 'Aqilah


Nasib baik ada geng, satu bilik aku pun lewat. Ngahahaha. Taubat doh. Tanak buat lagi dah.

JADI DAH ADA AZAM BARU NAK BANGUN MACAM BIASA TAPI TAK LEWAT. cewah cewah


And since kitorang nak habis dah Sem 2 (lamenye baru sem 2 duhh) so tadi kitorang buatlah pemilihan calon baru untuk komiti tertinggi dalam kelas untuk Sem 3 yang start next month. Hopkoslah aku tak pegang jawatan paling besar, muka malas sape nak pilih aku pun tak suke sebab kerja banyak nak mampos. Kalau aku pegang memang sah-sahla disaster. Ha amek disaster okkk aku guna nak bayangkan betapa tak sesuainya aku nak pegang jawatan besau.


But at last diorang pilih aku jadi GADIS FOTOKOPI. Ni pun tak best jugak sebab banyak kena jalan pergi Kedai Agus and fotostat. Makin kuruslah i u olll sume i dahla kering je ni haa




Next sem kena minum susu Weight Gain hari-hari time breakfast and before tidur dengan harapan boleh gumuk sedap pelok macam mr gumuk gumuk.



boboiiiiiiii.


Sunday, May 24, 2009

kalau rasa sedih, menangis adalah terapi paling baik.


And that is so true. Obviously for me lah. Haha

Aku agak kuciwa dengan orang yang bila dia senang, gembira, dia lupa kita. Tapi bila dia sedih, ada problem mula melutut nak cari kita sebok nak mesej nak call nak mintak tolong itu ini. Aku memang selalulah jadi mangsa tempat meluah perasaan, tempat orang nak share problem, nak nasihat itu ini. (waaahhh, poyo poyo)

But don't get me wrong, aku bukan tak suke tolong, siyes bukan macam tu. Aku memang tak kesah langsung nak tolong orang. Lagi-lagi orang yang memang rapat dengan aku kan. Yang memang baik dengan aku. Whom i called my best buddy. Aku tak pernah berkira lah pasal bab nak tolong molong ni. Tapi, walau cemane kau baik pun, tolonglah. Tolong sangat-sangat, aku manusia biasa jugak, tak lari from my own problem. You have yours, and i have mine too. Kalau dah benda macam sangatlah kecik sebesar taik hidung aku pun kau nak mengadu, HENTIKANLAH WEH. Aku sendiri ada lagi banyooaakkk lagi masalah sendiri. Masalah yang aku nak mengadu kat siapa aku sendiri pun tak tahu.

Bila sedih, bila serabut, sebok datang cari aku. Entah-entah bila happy pernah kau ingat aku tak? Heh, simpang. Bila sedih-sedih baru nak ingat kan? Haa, ngaku cepat. Sedih gila muka ni muka orang ingat bila tengah sedih celaru je. Whatever lah u ollll


Maybe sebab aku ni jenis pandai comfort orang kot. Jenis pandai convincing people cewah cewahh. Bagus gak skill ni, boleh jadi businesswoman. Agak-agak aku dah bosan jadi cikgu aku tukar profesyen jual jamu.

'Mari bang (bang jugak dulu keskes), mari kak, mari puan mari tuan, beli jamu kocok istimewa saya ini. Gerenti baik punyaaaaaa. Menghilangkan sembelit dengan baik.'


OK seperti bodoh. Aku bukannya tau pun ape tujuan jamu. Bahaha.

Apepon aku tetap sedih sebab bila aku really need someone to share my probs with, aku cari balik orang tu, tapi orang tu bukan menyenangkan, mendahsyatkan lagi problem aku je. So the best solution would be, staying away from that someone. Now that's the best way i guess.

Eventhough i do miss the old us :(


HA DAH LEPAS NI SAPE-SAPE TAKNAK AKU MENANGIS DENGAN LEBIH DAHSYAT SEBELUM TIDUR, JANGAN DATANG SHARE PROBLEM KALAU RETI NAK SOLVE SENDIRI. CHI PU TAW LIAW DAH BESAR PLEASELAH ACT LIKE ONE.



and boiiiiiiiboiiiiiiiii!


Saturday, May 23, 2009

I am not a shopaholic. Ulang 700000000x


Last week aku keluar tengok wayang dengan tiket free yang aku dapat. Aku tengok cerita Hunting and Gathering atau tajuk french dia, Ensemble, C'est Tout. Well ain't that bad lah cerita tu. Nasib baik hero muka macam Patrick Dempsey. Agak excitedlah jugak kohkohkoh. Lepas tengok movie tu, takkan nak terus balik kot kan. Menyinggahlah kejap ke department ladies mencuci mata. Ahcewah aku konon-konon je mencuci mata. TERbeli pulak baju-bajan dan sesuatu yang adalah. Ianya adalah -rahsia- (ha mulalah tu bayang benda mengarut)

Supposedly aku kena ambik jam adik aku kat City Chain time keluar last week. Tapi aku lupa. So alkisahnya harini keluar lagi ke Mid Valley itu. Cet, alasan je tu. Oi Ipan, kalau mak marah akak keluar lagi harini, kamu punya salah eh. Siapa suruh akak pergi ambik jam?
Lepas tu nanti dia mesti jawab, 'Siape suruh Kilah lupa nak ambik jam tu last week?'

Oh, adik terlebih garam. Menjawab nampak.

'YANG KAMU TAK RETI JAGE JAM SAMPAI TERKOYAK RABAK TALI TU APEHAL??!' Nah, rasakan bullet machine gun aku. Gaaahahaha gelak syaiton


Hanya imaginasi semata-mata. Tapi aku yakin adik aku mesti jawab benda sama. Kan? Ngaku cepat.

Dah dah sambungla cerita, nenek.

I went to Mid with Yin Swan my classmate. Dia pun nak post something kat Pejabat Pos (nak pos barang memanglah kat pejabat pos takkanlah pejabat kadi apeda) Dia nak post hadiah birthday untuk boyfriend dia. Gila comel bagi boyfriend hadiah botol air Nike. Kira okelah kan, aku tahu sebenarnya dia nak bagi botol susu botol air Jusco je tapi taknak nampak macam sedih je bagi botol air kan, so belilah berjenama sikit NIKE. Eh bapak keji aku ahahaha.Mintak-mintaklah dia tak baca blog aku amin Alah aku lagi teruk boyfriend punya birthday tak bagi hadiah pun hahaha gelakkan diri sendiri. Eh nasiblahkan. Sapa suruh jauh sangat, cik abang sayang. Tadi cerita kat dia pasal ni dia pun sebok sebok mintak nak hadiah. Menyesal cerita. Tsk. Malang sungguh dapat aku yang kedekut ni HUAHAHAAHA


Melencong sekali lagi. Takde sebenarnya aku nak bagitahu bahawa aku ada pergi satu butik ni, and try lah satu baju yang memang alamak, apesal cantik sangat ni? Kenapa cantik sangat apabila aku menggayakannya?


wagaga nak muntah silakannnnn,


OK I admit aku memang payah betul nak tahan dari shopping benda yang takde dalam list. That's why muka ni tak pernah berjaya nak simpan duit. Gahhhh apekah? Adakah aku harus pergi ke terapi macam dalam cerita Confession of a Shopaholic so that aku boleh berubah kepada sorang yang berjimat? BUT I THINK THAT IDEA NOT GONNA WORK FOR ME. Jadi takpayah buang masa.

Tapikan harga memang not bad langsung. RM 29.90 je. Size dah ada, Kaler pilihan pun ada. Disebabkan aku dalam mode -nak simpan duit- so kena tahan, tahan, dan tahannn. Last week pun dah beli kan baju. Cukup, jangan beli dah. Pejam mata. Butakan hati. Pekakkan telinga. (wah ayat) Dan. DAN AKHIRNYA AKU BERJAYAAAA. Berjaya untuk tidak beli walaupun aku memang nak beli. Ahh darn darn. Aqilah, diamlah. Simpan duit.


NAMUN DISAAT INI AKU MASIH TERBAYANG BAJU ITU. OH TIDAK MENGAPAKAHHHHHH?


Harapnya tak masuk mimpi aku malam ni. Nightmare sungguh.

OK Boboy!



Thursday, May 21, 2009

exam, zombie dan dot dot dot.


Saya baru habis mock exam. Exam betul-betul bulan Jun nanti. Time cuti pulak tu. Dia cut cuti aku nampaknya. Cis kau exam. Eh tak boleh tak boleh. Nanti kena sumpahan tak lulus exam. Tarik balik kata-kata tadi. Mahal oh bayar yuran exam kalau free takpelah kau nak repeat banyak-banyak kali pun kau punya suka. SAYA WAJIB WAJIB WAJIBUL GHUNNAH MUSHADADAH UNTUK PASS EXAM INI. AMIN.
(terima kasih aminkan. *tersenyum gigi kuning*)


OK dah. Cukup cukup. Taknak cerita pasal exam dah. Even mock pun aku tetap cuak sebab macam kantoi je essay EH DAHLA CUKUP KAN DAH CAKAP TANAK CERITA PASAL EXAM GRRRRR



Lepas tu tadi roomate aku ajak tengok movie coming soon. Kat laptop je lah. Cik Aqilah nak tengok cerita hantu kat wayang macam harapan je laa kan. I ni penakut tahu. Kalau ada grammy award untuk penakut terhandal, ataupun anugerah emas penakut terhebat, jangan terkejut kalau si kurus ini yang dapat trophy. OK sila ketawa sila sila wa takda halllllll haha.

HYPER THE BALL whatever.

Jap ape tadi aku nak cerita? Haa pasal coming soon. Kan dah menyimpang ni. Tengok awal-awal pun macam saspen-saspen jadi aku hanya boleh bertahan 10 minit je. Pastu aku surrender dah tanak tengok. TAKMAHU TENGOK TERIMA KASIH.

Menakutkan lah cerita-cerita gitu. Nanti buat aku nightmare 7 hari 7 malam je. Ingat lagi haritu (read : 7 months lalu. dah 7 bulan aku ditinggalkan gantung tak bertali. hahaha ayat. aqilah, ayat baik sikit) time nak tengok movie dengan mr. boyfriend, boleh dia pergi beli tiket cerita hantu. time tu keluar dengan cousin dia, cousin dia pun tak kesah tengok cerita hantu jadi dia telah menghiraukan tangisan serta rengekan aku sambil hentak hentak kaki protes taknak tengok cerita hantu. KEJI OK. SAMPAI HATI KAN ISKK.

Nasib baik cerita pasal zombie je. Oh syukur. Zombie adalah geli bukan takut ye kawan-kawan.


Cakap pasal zombie, untuk teater romeo and juliet with my seniors, kitorang yang junior akan jadi zombie. Ye, Romeo dan Juliet versi baru pelakon tambahannya adalah zombie.


Kelakarnyaaaaaaaaa.



Saturday, May 9, 2009

kuala lumpur adalah sangat panas. SUPER PANAS. siapa setuju?


Angkat tangan. Sila angkat tangan jika anda setuju.

Lagi-lagi bilik aku sekarang ni. Aduh ya ampunnnn, panas bangettt. Even lepas mandi pun rase belengas balek tahuu. Mungkin aku perlu study, makan, minum, melepak dan tidur terbongkang dalam bilik aer kot. Baru tak panas sangat. Hmm, idea yang bernas. Esok aku nak cubelah.

Kat tempat aku belajar ni, aku tinggal kat sort off like apartment lah. But not that luxury apartment ade aircond bagai lemaklah tuuu. Ni dah macam ala-ala rumah ada pantry ada ruang tamu pun dah kire baek dah ni. Bersyukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Rumah ni ade 5 bilik lah kan. Bilik A, B, C, D dan E. (apekebende name bilik macam ni. bagilah name bestari ke, ikhlas ke, intelek ke, takpun IBNU SINA ke, IBNU BATTUTA ke. haa amek tibe-tibe spirit $m@p labu datang lah pulak. baahahaha)

Bilik aku bilik palenggggggg besarr ataupun orang kelantan kate, 'big'. Iaitu bilik E. Memanglah paling besar, tapi PALING PANAS GRRRRRR. Sebab mengadap matahari. Dan jalanraya? Dan hostel lelaki Unikl? Oh ini aku taksuke. Mereka adalah sangat gelenya dan gatal tahuu. Perlu berkali-kali pikir kalau nak seksi. Cis sungguh. Mengapakah kau orang ditakdirkan tinggal berhadapan dengan kami, makhluk? Uhhhh, sudikit rimas kalau hemsem takpe jugak

Bila petang time aku tengah dalam mood-mood beradu (kantoi tidur petang manjang) mulelah bagai kera kena belacan. sangat tak selesa hokeyyyy nak tidur. Tapi berbekalkan semangat dan wawasan yang kuat, ku gagahi jua. Cett, nak tidur dan-dan tu ada wawasan. Nak study tengok??
Ptuihhh. Oke whatever. sambungan,

Halfway aku tidur, aku mesti lari gi bilek depan. Bilik B sejuk siket. Sebab tak mengadap matahari kan. Pastu cam ada pokok-pokok hutan sikit huuuuuu hantuuu.

Walau mamai camne pon, aku bangunnnn jugak gi tukar port, nak tidur lebeh selesa siket. Menyempitlah katel sesape huaahahaha tensyen jek budak bilik tu muke ni slalu datang menyempit.
ADA AKU KESAH? HAHAHAHAHA

Kesimpulan yang dapat dibuat disini adalah, Kuala Lumpur memang sangat panas. Oh bonda, anakandamu ingin memasang aircond di biliknya. Izinkan anakanda, bonda?

HAPPY MOTHER'S DAY IN ADVANCE KEPADE SEMUA IBU-IBU DI DUNIA. IBUKOTA, IBU JARI IBU APEPON AHH BELASAHHH. TAPI SAYA NAK BOLD, ESPESHELI TO MAK SAYA.

i miss my mom. :(

bye.

Thursday, May 7, 2009

kelas teater.


kelas emilie harini sangat best. bukannye ape, kelas berlakon berlakon kan. memangle seronok. nak-nak pulak kitorang masing-masing memang macam teenage drama queen (cewahhhhh) so memang enjoiiiii!! *puteri style* sume all out ahh. yang agak senyap kurang bercakap pun leh berlakon dengan baik. i loikeeee. aku takpayah cakaplah, bile mase yang perlu untukku senyap pun aku nak cakap ngaahahaha.

ini bukanlah pertame kali kitorang dok berlakon dalam kelas, dah banyoooaaakkk kali dah pun. cuma this time laen sikit sebab emilie memang nakkan kitorang berlakon secare wahhhh, menghayati giteww. krkr tak menahan

AKU SUKE KELAS TEATER OKAYYYYYYY ^_^

as usual kitorang akan berlakon dengan partner masing-masing. partner belajarlah, mangkok. kalo dengan partner betul-betul takpayah susah-susah nak bikin dialog, kalau macam akulah, sume pon nak stori. ahaaa kan hazim kannnnn? oke menyimpang jaoh sudeh, kembali semule,

aku partner dengan nazareth. (dear saye belajar ni, takde niat lain ye). cerita kitorang, is about couple yang berpisah. apelagiiiiii, scene gadohla deyyyy. hahaha. aku siap buat nanges lagi. siap adegan tampar menampar lagi. and emilie lecturer i tu puji tahuuuu! sukaaa

die cakap, 'c'est superr!!!!!!'

oh, blushing i.

i memang pandai berlakon pun i tau ngehngeh. nak-nak kalau bagi watak gedik, haa itu takpayah susah susah aku nak berlakon. aku memang sejak azali lagi sudah gedik. pengakuan maut nampaknye. baaaahahahaaha

APE-APE JELAH, YANG PENTING ESOK AKU NAK CARI KASUT BARU. FRUST OH HARITUUUU DAH ABIS YANG AKU MAU. I HATE MID VALLEY HSDHJKSFGHEHBD. KLCC, HERE I COME.

and bye.

ps : hazimmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm, i missssssssssssssssssssssss youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu tahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
aih.

Thursday, April 30, 2009

happy 19th birthday, love!



SELAMAT HARI LAHIR BUAT SI DIA TERSAYANG,

muhammad hazim bin mohd zulkifli

semoga Allah sentiasa memberkati kamu dan sentiasa berada dalam keredhaanNya. insyaAllah

bila bace balik post 30 april 2008, aku ada buat jugak entry sempena birthday mr heart stealer. and i remembered very well dan-dan lepas dia dah baca entry tu teros die pergi promot blog aku kat group batch. semate-mate sebab bangge dan eksaited aku buat post terrrrristimewa untuk dia. ofcoslah sayang, saya sayang awak sangat banyak tahuuu hihihihi :)

but this year alot more different. no phone calls, no chatting, no nothing. aku hanya mesej dia happy birthday tepat-tepat pukul 12 waktu malaysia which is definitely not the same in egypt, yang time tu baru pukul, 7 malam maybe? but nevermindlah, i told him malaysia dah pukul 12 tengah malam i don't care nak wish jugak hahaha.

and well well well, i'm the first to wish him. AHHA MISSION ACCOMPLISHED.

this is the price that i have to pay lah kan, of being so far away from each other. kalo nak banding dulu dengan sekarang, i rather dia ada kat malaysia even kat sarawak or sabah pun because atleast we can still use the same line celcom ke maxis ke digi kan. takdelah macam sekarang guna vodafone (kan?) which each sms cost me 50 sen. and a minute of call cost us 4 ringgit. involve alot of money you know. and plus sekarang mr heart stealer saya ni pun tengah busy nak final exam then what to do. awak lucky tau ade saye yang cukup memahami dan tak banyak songeh ni hehehhahaohheheo masuk bakul angkat sendiri le pule.


memang. memang ramai yang tak suka dan tak percaya long distance relationship. (anyway sapelaa yang suke jauh jauh from orang tersayang kan?) but i admitlaa it's abit hard and tough sometimes but it doesn't mean if you guys jauh each other, there's noway a relationship could survive. i strongly disagree like hey, look at us? we're still together, and still counting what. i can brag for that i supposed. naahahaha no good, so guess not.

aku dah melalut jaoh menyimpang. mari mari pulang ke pangkal jalan

and dear hazim, this one for you :)

I’m wishing you another year
Of laughter, joy and fun,
Surprises, love and happiness,
And when your birthday’s done,
I hope you feel deep in your heart,
As your birthdays come and go,
How very much you mean to me,
More than you can know.

i love you to bits and pieces!

ps : nanti birthday saya awak kat malaysia kan kan kan kan kannnn? heeeeeee


Wednesday, April 29, 2009

the french art festival.



hey guys!!!! (bias pulak. guys je hahaha) orite kite tukar.
OK GUYS AND GURLSSSSSSSSS *gedik gedik abit*

aku saja nak poyo bahawasanya gambar kat atas ni adelah TIKET FREE WAYANG. yiipppiee me yayy! satu kelas aku dapat tiket free sempena french art festival ni. many many thanks to our lecturer stephanie. tiket ini adelah untuk tengok mana-mana filem perancis yang bakal ditayangkan di GSC Mid Valley, Pavilion and One Utama.

since mid valley tu bagi aku adalah seperti Kedai Runcit Ah Seng belakang rumah je, hopkoslaa aku nak tengok kat pavilion. wayang pavvy begande lagi best dari mid ittew. kerusi die sangatlah wahhhhh empok dan gile best. exclusive lah sikit kan. ahem. sorry mid valley, pavilion is sooo hot lah i can't resist



the poster

tadi after kelas, aku, yana and dilla pergi KLCC nak beli tiket orkestra 17 may ni. pun nak tengok orkestra sempena french art festival ni. gila eksaited first time kan nak pergi tengok orkestra wakwakwkwkaw kesiannnn macam ape je

dahla dengan tak retinye nak beli kat mane, so main belasah je pergi carik dewan filharmornik petronas. di mane ade pakcik guard yang macam peramah dan hensem-hensem siket kitorang akan tanye 'nak beli tiket orkestra kat mane?????' siyes tadi kitorang macam orang kampung prak gile okayyyy sekali dengan payung payung ish aku rase malu pulak sekarang.

tanya sini, dia bagi direction sane. ok ekot.

tanya sana, dia bagi direction naik lif tekan G. ok naik lif tekan G.

tak jumpe lagi.

tanya kat kaunter, naik lif, tekan 2. yaaaa, naik lif tekan 2 ye incik, okeh makasih.

tak jumpe-jumpe jugakkkkkk! apekahhh??

tanya pulak situ, dia suruh naik balik lif tekan G keluar belah kiri cari tangga sebelah tangga ada box office oke pening


WHATEVERLAAAA YANG PENTING KITORANG DAH DAPAT BELI TIKET TU.


voilĂ  guys and gurlssssss, 17 may 8 malam.
dress code : smart and casual but strictly no jeans please :)


and bye!


ps : wahhhhh i'm going to the orchestra lah weiiiiiiii. haha eksaited terlebeh. cukup-cukuplah, makcik.

Monday, April 27, 2009

i'm a lucky cow!


mooo mooo.... thank god i don't look like one.

sebelum pape, izinkan aku menyumpah sepatah dua kata dulu boleh? sikit je. janji. PEROMIS.

my monday starts damn badly as i wore back my high heels yang *&%$#@&^%%. ingatkan dah oke dah kaki tak melecet lagi sebab dah 5 months beli dah, tapi jarang pakai, lepas tu bila pakai semula tadi kaki aku melecet balik. BODOH AKU MENCI KASUT TU MENCI MENCI BENGONG. HARAP CANTIK JE TAPI TAK GUNA LANGSUNG pffffttttttt

oke sudah mari kembali ke pangkal jalan balik. aummm

dah dapat beli losyen yang aku inginkan yayyyyyyyy! seronok seronok. walaupun mula-mula aku ajak classmate aku teman pergi midvalley takde sape pun nak ikot, aku hampa. i pun cancellah nak keluar so onlinelah godek godek facebook.


tibe-tibe alongku cik tipah call.

'EH DEK, SIAP SIAP CEPAT, NAK AJAK KAMU KELUAR NIH. IN 5 MINUTES TIME ALONG SAMPAI.'

bagaikan bulan jatuh keribaaaa, mendengar khabaran daarinya, sanggupku memendam raasaaaa. eh, ternasyid pulak. ok sambung,


SERONOKLAH OIII KELUAR DENGAN AKAK SEBAB DUITKU JIMAT. muhuaahahahauha *ketawe setan*
die memang macam tetawu je aku sangatlah nak keluar hanya untuk sebotol losyen.

dan dia telah membawa boy the friend dia. agak cis ini. cisssssss

dibelanja nando's...


ciskek betol. I WANT MY HAZIM TOO WAAAAAAAAAAAAAAAA

sudahlah aku yang amek gambar ni. takpe takpe. tak apeeeeeeee hahaha dengki dengan akak senirik

melepak kat setabaks pulak...

haruslah meletakkan gambar geli geli kerana ini blog saya. wee

dan semuanya FREEEEE. SAYA SANGAT SAYANG KAKAK SAYA. JUGA BAKAL ABANG LONGKU ITU? hehehehehehe ameeeeen :)

told ya i'm a lucky cow mooo mooooo

dalam aku happy happy camni, hazim pulak tengah pressure-pressure nak exam. sabar tau dear. banyak-banyak sabar and banyak-banyak doa. be strong and i know you do honey. my dua' is always with you. be good, take care. bear in your mind that i always love you and always by your side. eventhough we're that far i know :(

and hey darling, you still have ALLAH THE ALMIGHTY. remember that. okay?

xoxo untuk awak.


oh btw, to ijat aka bakal abang long aku ni (insyaALLAHHHH)

HAPPY XXth BIRTHDAY!!
*umur dirahsiakan hahaha*


ps : rupa rupanya birthday beliau harini. tak sangka dekat birthday dengan hazim saya wahhhhhhh!


Sunday, April 26, 2009

of lotion murah or mahal.


aku nak merepek lagi.
and that is so me fullstop

yesterday i was bitching about my feet which had started to crack here and there. it's started to look abit ugly. and i kinda loathe it. who doesn't anyway? what's more i'm merely 18 and the feet makes me look like i'm somekind like, 45 years old? TAK BOLEH JADI NI. HUH

and so secara tiba-tiba aini bagi ceramah pum pang pum pang, telling me you should wear lotion, cik keyla. or else when you really is sudah tua, kaki you jadi even worst bla bla this and that ta ta ta ta. SUMPAH, MAKCIK YANG SORANG NI TELAH BERJAYA MENAKOTKAN AKU. I HAVE TO BUY LOTION NOMATTER WHAT.

aku memang tak suka pakai lotion. sebab rasa macam tangan diselaput dengan lilin macam, macam rasa melekit, macam entah. macam tak best lah. taktahuu nak cakap macam mana. tapi dengan peer pressure dari segelintir rakyat berdekatan aku (aini je pun, bukannye sape hahaha) i really have to get one, as soon as possible. walau macam mana lilin pun. melekit pon. yadda yadda yaddaa



aku decide nak beli yang body shop punya (ini hasil pembacaan the star yang buat promotion body shop. dammmmit.) harga not bad RM 42 tapi aku dalam status -kurang berwang- jadi harus bijak dalam berbelanja. RM 42 boleh buat belanja makan untuk 4 hari so it's a lot of money alright, to bazerkan untuk satu barang sahaja. belum campur cost naik taxi untuk ke body shop ittew dan juga benda-benda laen yang BAKAL terserempak denganku. TAK BOLEH TAK BOLEH *sambil geleng kepala*



akhirnya, terima kasih kepada afifah yang telah bagi aku try test tengok lotion safi. it smells nice, it doesn't make me feel like having lilin on my hand, it's not melekit AT ALL and yeah bingo, all my thoughts towards lotion has been soo wrong all this while. why oh why.


OH LOTION SAFI, PENYELAMATKU. SUDAHLAH MURAH WANGI PULA.


esok aku bakal melamarmu. tunggu daku, sayang.


bye.

ps : rindu hazimlah. rindu amat dahsyat :(

sekolahku sudah tidak seperti dulu lagi.

cerita dah lama, dah agak basi. well not that lama as in 3 years or 5 years back lah. tapi tangan aku terase nak menulis jugak. meluahkan. mengeluarkan beban di dalam hati. tak tertanggung rasanya diri ini menyimpan beban yang terlalu berat. lebih afdal jikaku coretkan disini walaupun kutahu, brad pitt bukan akan paham pun makna tulisan tanganku. ehcewah, pembuka kata tak boleh blah. sejak bila aku pandai menggunakan kata kata puitis lagi kritis dan inovatif ni? oke oke WHATEVER.


sebenarnya nak cerita pasal jumaat lepas 17 april, since aku cuti hari jumaat tu, rini, syat, and mui telah ajak aku pegi $M@p nak amek sijil SPM. aku dengan agak-agak malas dah nak jejak kaki kat sekolah ittew, bersetuju je lah, nak temankan mui yang agak ober-eksaited nak pergi sane. kenapa kau eksaited sangat makcik? kenapa kau telah membius sedikit eksaited itu dengan mengajakku sekali? oke tak kesahla, dah pergi dah pun ahahahaha

aku nak cerita sedikit KETIDAKPUASAN HATI aku terhadap sekolah itu yang telah mempunyai banyak perubahan yang DAHSYAT.

1. PINTU DM PINTU RUMAH ORANG KAYA.
dewan makan aka DM dah cantik sekarang. wah wah aku tengok pintu DM dia perhhhhhhh, ini rumah datok sape ni? kalau zaman aku dulu pintu boleh jengok-jengok dari luar tengok dah ready belum dm ni saya nak serbuuu, sekarang aku tengok pintu dm nak usik pun tak berani. satu bijik RM 3000 tu wehhh. apa kau gila kang aku maen-maen dok begayot kat pintu kalo pecah ke rosak tak ke naya?
PERSOALANNYA, KENAPA BARU SEKARANG NAK KASI TOUCH-UP DM TU, WAHAI PENGETUAKU SAYANG? tapi bau dm tetap macam dulu, still original i don't like at all jadi tak kesahlah.

2. ASRAMA ADA ASTRO+LCD TV LAGI.
ya benarrrrrrrr, LCD TV okeeeeee. ini memang lagi menaikkan darah mahsuri aku. ceh, takdela sangat pun. sebab aku bukan penggemar bilik rehat. tapi bolehlah aku nak marah sebab dulu time aku nak tengok cite melodi muka orang kat TV tu dah tak macam orang. beremut remut buat saket hatiiiiiii je tengok. sekarang? sekarang tengok? amboi amboi, LCD TV tuuuuu. ASTRO lagi tuuu. ini tidak adil!
KENAPA SEKARANG BARU NAK LETAK TV FLAT SCREEN?

3. PERKHIDMATAN MESIN BASUH TELAH DIWUJUDKAN.
selepas ia diberhentikan dalam 2004 tak silap. aku ingat dulu zaman form 1 aku memang sejak azali malas nak membasuh baju dengan tangan, even time tu kalau senior nampak junior nak guna mesin basuh macam 'ewahh, ko apehal nak basoh mesin? ko still junior lagi so ko gi basuh guna tanganlahhh'
ada aku kesah? lagipun guna duit aku bukan duit kau pun so SHADAPYUU. yang aku bengangnye mesin basuh yang diorang baru wujudkan kat sekolah ni adalah mesin basuh yang automatik macam kat rumah tu. yang tekan punat-punat bulat dia pastu start. lemakla wehhhh, FREE pulak tu. kesian tau i. basuh baju sendiri dulu berbaldi baldi sampai kecot tangan. diorang ni ha amek, aku bagi mesin tak usah bising. NO FAIRRRRR!
KENAPA TAK WUJUDKAN AWAL-AWAL DULU AAAAAAAAA?

4. KARPET MUSOLLA AL-HIDAYAH TELAH DIBUANG.
and diganti dengan sort of like tikar getah. i think it's a great idealah. since musolla al hidayah ni agak terbuka so segala jenis haiwan read: kucing, cicak suka nak bertamu kan. sekali kucing kencing ke muntah, karpet tu berkepam bau. nak-nak bila dah cuci, lembab. ish, tak selera aku nak semayang kat situ. tapi ikutkan orang kot yang lebih menyumbang kearah itu ooops, terlebih sudah. hahahha

5. SATU BLOK BANGUNAN 3 TINGKAT TELAH DITAMBAH.
di kawasan akademik. time borak borak dengan ustaz syed die cakap blok tu akan ade 3 kelas, and yang selebihnya makmal-makmal contoh macam makmal bahasa antarabangsa. and of course, lebih besar saiznya. eloklah, dari dok kat makmal bahasa asing dulu pintu pun dah nak roboh ngaaahaha.
boleh pulak dia (ustaz syed) dah tau aku bakal jadik cikgu perancis, dia nak aku posting mengajar kat $m@p. kuangkuangkuang, apekah?

boleh pulak dia cakap,
'saya buat bangunan tu untuk awaklah tu. datang $m@p mengajar nanti. dan jadi WARDEN'

hurk uhurkkk. tersedak i. WARDEN??? and i went,
'taknaklah ustaz, saya nak environment baru.' (ceh, poyo royo jek)

die jawab,
'ni, barulah ni. cat sume baru, asrama pun laen, macam-macam dah ditambah.'


SEKIUS ME, IT'S STILL THE SAME SCHOOL OKAY. OH GOD I PRAY TO U, JAUHKANLAH DIRIKU DARI SEKOLAH ITU.

ngahahahahahaahaha. don't ask me why coz i definitely have no answer for that.

all in all, i kinda miss those moments that i had with my friends back then. still, if i was not from the school, i will never be here, you know, where i am now. being called 'the future french teacher.'

i'm just glad.

bye.

Saturday, April 25, 2009

i envy or should i say j'ai envie de me marier? HOHOHO


hari sabtu. hari sabtu adalah hari cuti yang paling aku suka sebab boleh bangun dinihari. tidur lambat, bangun pun lambatlah kan. fair and square. tapi yuyu, my classmate yang agak DOTDOTDOT (dirahsiakan status) cakap, kalau tidur lambat nanti cepat tua. muka cepat kedut. jadi saya telah berazam nak tidur awal lepas ni. dan dan lepas isyak je aku nak tidur. haa amek. sape suruh kau cakap cepat tua? ngaaahahaha

housemateku majoriti pergi keluar berfoya. menyambut birthday Aini Sainin yang ke 19. HAPPY BIRTHDAY, DEAR! sambut kat sunway piramid. diri ini dijemput tapi apekan daya, kemalasan melanda diri diikuti juga dengan krisis ekonomi. tapi tetap nak jugak beli lotion bodyshop simpanlah duit, makcik. kataku kepada diri sendiri.

pulangnye mereka dari sunway, aku diberitahu bahawa mereka dibelanja oleh papa aini SECRET RECIPE. TIRAMISU lagi. hampaaaa. tapi tak kesahlah. ain bawak moist chocolate cake from KL Sentral. sedap hokeyyyyy. gila umph wa cakap samu lu bro! harganya cuma RM8 sahaja. dapatkan di KL Sentral kedai tengah tengah. ha yelah. yang kat belah tengah tengah tu. yang banyak kedai kedai kaunter kaunter. sementara stok masih ada.



malam pulak aku dikejutkan dengan berita bahawa senior aku kat $M@p dulu dah nikah harini. she was a year older than me. 1989's baby which means she's 20. dan dia kahwin dengan high school lover dia! cayalah! same school so i kenal dua-dua mereka. JELES. SUMPAH I JELES.
MAKKKKKKKK NAK KAHWIN JUGAKKKKK!! (do i look like awfully desperate? hahaha)



anyway, seru mereka dah sampai. i feel really really happy for them. eventhough we're not that close. looking at their picture buat aku histeria sajah. ngaaahahaha.

and oh,

SELAMAT PENGANTIN BARU TO KAK MIDI AND PASANGANNYA.

semoga bahagia hingga ke anak cucu :)

HAZIM, BILA PULAK TURN KITA NI?? hehehhehehehehehehhehehehehehheheehhehehe oke dah dah gelak gedik.



bye.


Friday, April 24, 2009

setelah sekian lama,

ok rakan rakan. aku baru sahaja menukar layout blog ini. adakah ianya kelihatan comel secomel tuan punya blog? APA? malah lebih comel lagi? wah wah, aku suka jawapan itu. suka. suka sampai mati ngahahaha


i've abandoned my blog for quite some time. not that i want to quit or stop blogging, it's just that, TIADA APA YANG AKU TERASA NAK TULIS DAN CERITA, plus MALAS, plus INTERNET LEMBAB dan baaaaaanyooaakk lagi tak perlulah aku ceritakan segala-galanya.

oh ya, lagi 6 hari sahaja mr boyfriend akan menjadi tua. dan beliau bakal menjadi tua di mesir buat PERTAMA KALINYA. menyambut hari lahir di negara orang buat PERTAMA KALINYA. itupun kalau dia sambutlah. dan kalau dia ingat birthday dia sendiri (haha) rasa macam takkan sambut sebab hari-hari asyik tidur dengan buku, makan dengan buku, mandi dengan buku, berak pun dengan buku agaknya kottt. oh tidak, MR BOYFRIEND NERD hahaha.

dear muhammad hazim, i love you to bits and pieces :)

p/s di tengah tengah blog : sukela hati okay, blog aku.


minggu ni aku ada bengkel dengan madame josette gaume, didatangkan khas dari besançon, perancis. tempat yang aku bakal pergi tahun depan. insya-allah. itupun kalau lulus examlah. kalau tak aku ternak nyamuk kat rumah je lah jawabnya. lepas tu amik darah nyamuk berdulang dulang, buat hantaran nak kahwin dengan __________ (isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai)

seronok. walaupun i admit sedikit mengantuk (ceh, mengaku 'sedikit') tapi all in all, aku belajarlah sesuatu kan kan. dan aku suka sense of humour josette itu. tepuk tepuk wahhhhh

okay, gotta go. moooo-vie time! huah hahahah ahaha (gelak tanpa motif)

bye.

ps : happy tahuu i dah beli broadband!!!!!! tapi sedih, duit sudah terbang, shopping dan jalan-jalan pun terpaksa cut cut aiyeeeee T_T

Saturday, March 21, 2009

tak okay, faham.

i am not okay. please mr OKAY, be with me, so that i'm back to OKAY. argh.

sometimes, it doesn't turn out the way it used to be, aite?

KEMBALIKANLAH OKAY SAYA.

Thursday, March 19, 2009

angan angan bodoh.


aqilah rajin hey, aqilah rajin ow, aqilah rajin yah, aqilah rajin ewahh,
buat dictee hey, buat homework ow, buat latihan yah, buat resume ewahh,
tibe rajin hey, sangat amazing ow, harus dibangga yah, keyla rajin ewahh,
pastu bising hey, cite kat blog ow, padahal satu latihan yah, poyo royo ewahh.

sukela hati okeee. aku rase ini adalah pencapaian yang hebat kerana kalau aku tengah holi holiday itu, seperti mintak maaflah nak buat homework. aahh hatiku gumbira sekali. dua kali. tiga kali. berkali kali. nyeheh


boleh tak nak story addicted to song lagi? kali ini dengan addictednye aku kepada satu lagu ni, adelah sehingga aku terase nak ade seorang SUGARDADDY. oke aku tahu ianya kedengaran bodoh. bodohnye hahaha.

eh betolla. macam best je ade sugardaddy hmm. kan? kannn?

*mule berangan*

konon that sugardaddy tu cakap gini kat aku ; i said you can have whatever you like, i said you can have whatever you likeeee,

wahlawei *mate blingbling*




apepon, baek aku berhenti sebelum kene bunuh oleh seseorang.

bye.

Monday, March 16, 2009

the fact that i love cute babies.


semalam aku tengah browse browse video baby cumel cumel tau. aku memang ade habit suke bayi cumel dan cumel dan cumel serta cute. tibe-tibe terjumpe klip ni. sile menekan dan menonton,




ahaaaa bapaklaa cuteeee budak budak ituuu. mimik muke neutral gile hahahah. dengan accent british lagi, ish caer seott. gerammmm tahuu. geram geram geramm

video ni teros buat mak bapak budak tu femes! gilaaa okee. tak caye pergi youtube patu type 'charlie' and banyakla result kuar. dengan interview-interview family british boy itu apa suma adaa.

yang tak boleh blah nye aku jumpe banyak video yang konon-konon nak tiru. and this one i guess the funniest of all la. hahaha sengal gile nak tiru,

name video ni 'charlie bit me - 15 years later..'







maybe after this ade orang nak buat 'charlie bit my finger-40 years later' but this time die tak menjerit sebab gigi dah takde.


haha.