Thursday, February 26, 2009

saya suka kicap tamin masin. anda?


baru-baru ni kitorang dapat lecturer baru. which is purely orang perancis, and gantikan mademoiselle nad├ęge dulu. dan pensyarah baru kitorang tu name EMILIE. surprise surprise, dia beragama islam dan bertudung. baru je convert 5 tahun lepas. suami dia pun muslim and dah convert 11 tahun. dan dia ada dua orang anak, laki-laki dan pompuan-pompuan. sangat comel okayyyy anak lelaki dia. anak pompuan dia aku tak berpeluang lagi nak picit-picit pipi dia. muhuahaha

kelas dengan emilie memang sangat best. relaxing dan dia jenis cooollll je, tak garang LANGSUNG.
i loiikkeeee. even dia cakap punye laju camne pon, kitorang still paham...tapi nak jawab soalan dia mesti Uk Ak Ik Eek Erk sket nyehnyeh.

pagi tadi lepas breakfast, on the way nak pergi class, terserempak la dengan emilie ni. aku dengan mood pagi yang gila bersemangat waja nak belajar nak nak dah kenyang lepas makan kan,, semangatlah nak tegur dia ni. dari jauh wahhh die dah senyum-senyumlah nampak kitorang ni. so bile die pass by aku and kawan-kawan aku, aku tegur (dengan senyuman palenggggg manis ni) ;

BONJOUR, EMILIE (kitorang panggil nama je, dia tak suka diaddress gune'madame', sounds a bit too old she said HAHA)

pastu die jawab

'ASSALAMMUALAIKUM'

perhhhhhhhhhh, hamek kauuu. malu ke takkkkkkk?? maluuuuuuuu.

lesson number 1;
sila beri salam kepada mereka yang beragama Islam. lebih afdhal (ehem).


haritu kat cafeteria, kitorang tengah nak lunch pukul 11 ni. sekali nampak emilie tengah beli nasik bungkus. dua bungkus. so aku pun beramah mesra la sikit dengan die. ceceh.

sekali dia ternampak BOTOL KICAP TAMIN. pastu straight die tanya aku, dalam bahasa melayu pulak tuh,,

'c'est le kicap masin ou kicap manis?'

aku dan dan tu terkujat untuk beberapa saat. ehhh,, die cakap bahase melayu la pule. terkezut i. selesai terkujat dan terkejut, aku pun jawab, 'ohhhhh masin. masin masin' (banyak kali la pulak aku cakap ngahngah)

tak kesahlah.

lesson number 2;
kita patut bangga dengan bahasa melayu kita. errr, ade kaitan ke dengan cerita aku ni? ahh apa apa sahajalah.


tapi takde ape nak diherankan pun emilie boleh berbahasa melayu. sebab sebelum ni dia mengajar kat indon. heheheheh. even dia pergi pasar malam pun dia try cakap bahasa melayu time nak membeli. bukan macam sesetengah orang kita kan,

'this lekksssaaa (laksa) how many ringgit?'

'2 ringgit 5 kupang dek' kata sang penjual.

'duwwe rengget limmee kuwpang? i not understand. please say ingelish'

WEK. NAK MUNTAH DARAH. WEK WEKK UWEKKKKK

berbanggalah dengan bahasa melayu kita.

selamat tinggal!

Sunday, February 22, 2009

luahan bukan untuk orang paham. merci.


i feel bad. i feel really really really really truly bad about myself. aihhhh. somebody help me.

and now i realise, sometimes it is good to lie than to tell the truth. okaylah, after this i nak tipu tipu taknak cakap jujur jujur. yelah, kalau jujur itu menyakitkan orang lain. memang betul kebenaran itu menyakitkan.

if only i could turn back time,,

but i admitlaa, this whole thing is my fault. i should have not reveal that damn thing dammittt! but what can i say and what can i do anyway, nasik suda menjadi bubur. and the blame should be put on me. be prepared nur 'aqilah.

and bye.

Friday, February 20, 2009

perancangan masa hadapan (gelak guling-guling)


ahli-ahli kelas aku terdiri daripada 15 orang. dan hari-hari memang muke itulaa aku dok ngadap, dari start bangun pagi, makan, mandi, sampai nak tidur malam pun haa amek kau. muka itu jugak diulang-ulang. sebab kitorang bukan sahaja sekelas, malah serumah, sebilik dan setoilet, sedapur dan sewaktu dengannya. 3 orang je pon lelaki, so diorang je lah yang tak sempat sebilik ngan aku.

tadi aku telah menjalankan penyiasatan terhadap semua classmate aku.

tujuan:
untuk menyiasat umur purata perkahwinan para ibu bapa mereka.

apparatus dan materiel:
mulut untuk bertanya dan otak untuk mengingat dan sekali lagi mulut untuk memberi komen.

hipotesis:
para ibu bapa classmate haku kebanyakannya kahwin awal.

kau orang sila jangan banyak tanya kenapa aku tetibe dari alam mane nak buat penyiasatan ini. sila biarkan aqilah dengan labu-labu nye.

dan menggemparkan!! (cewahh, macam hape je)

KAJIAN MENUNJUKKAN MAJORITI IBU BAPA MEREKA KAHWIN PADA UMUR YANG MUDA average dalam 21-23.

and i went like ow emmm geeee,, gila awallll mak bapak korang kawennnnn. hooo waaaa (taktau ape feeling)

...and even ada mak diorang yang kahwin 17.

...banyak yang kahwin umur 22

...and ade ayah diorang kahwin seawal 22! (sangat awal oke)

but my mom and my dad dalam umur biasa-biasa la, mak aku 25, ayah aku 30.
mak dan abah, izinkan anakandamu kahwin awal? tahahaha

macam best hokayy kahwin awal. nanti bile anak anak dah besar still muda lagi ohoho. suddenly aku pon tepike, apesal aku tetibe dok sebok pasal kahwin awal bile kahwin. ape ni APE NI??!

thing is aku baru nak masuk 19 tahun so kalau (kalau je. KALAU) kira-kira nak kahwin umur 21 or 22 ke, ade lagi 3 tahun.

kesimpulan:
3 tahun je lagi untuk berfoya foya HAHAHAHAHAHA

bye.


Wednesday, February 18, 2009

jangan lupa pandang kiri kanan kalau mengumpat.


mula-mula aku ingat belajar bahasa perancis ni macam kacang kuda je. tapi dah masok sem 2, dah jumpe banyak bende, level of french yang kitorang belajar pun sudah augmenter (increase), vocabulary pon dah kena guna variety tak boleh selalu nak repeat have, can, want, be, etc etc sekarang aku dah rasa arhhhhhhh. come on, give me some ice ice baby (tibe-tibe je. ngahahha) takdelah, what i mean here is that sudah pining kapla la belajar ini bahasa orang tak sunat.

but still its fun. seriously its fun. kitorang belajar satu bahasa baru yang jarang-jarang orang kat malaysia ni guna kalau ada pon entahla, aku tak penah dengar pulak tengah-tengah jalan kat KL ada orang cakap bahasa perancis ke. penah jugak kan aku bile nampak mat mat salleh dengan minah minah salleh kat tengah-tengah KL aku mesti nak dengar diorang cakap ape. maaaaanelaa tahuu diorang pelancong perancis ke kan. boleh juga aku 'bonjour bonjour kat diorang. lepas tu poyo poyo ohhhh yesss, i belajar u all punye bahase kenapa kau terkejotkahh??

btw diorang ni ade beza ke orang british ke french ke? cane nak beza haa? *garuk-garuk kapla*

lepas tu yang best jugak pasal belajar bahasa asing ni, aku leh ngumpat orang guna bahasa perancis ahuahhauahah. ofcoslaa, with my classmate kan. di samping dapat memperhebatkan bahasa perancis kami, mereka yang diumpat juga tidak akan paham malah perasan pulak kami sedang memuji mereka.

penahla sekali ni aku naek teksi dengan aini (one of my classmate). lepas tu brader yang bawak teksi ni, which is agak muda and of course orang melayu laa. die macam peramah jugak borak-borak dengan kitorang (naseblaa kurang hemsem, if not memang aku layan abeh ah brader tu. eh tergatal pule. hazim jangan mara aa ;P) and then bile brader tu macam dah stop cakap ngan kitorang, aku pon cakapla dengan aini,

'j'ai peur que je n'ai pas assez d'argent pour payer'
(aku takot tak cukup duet nak bayo tambang)

sebabnye agak jaoh kitorang naek teksi tu nak balek ipba. and duet dah habes gi derma kat shopping complex kuahaha,

pastu aini jawab sambil bisik-bisik,
'ouais moi aussi haha'
(aah, aku pon takot takcukop. haha)

and then aku cakap,
'c'est bon de parler francais parce que le chauffeur ne comprend pas ce que je te dis, non? hahaha'
(best dok cakap bahse perancis brader taxi ni bukan paham pon ape aku cakap hahaha)

aini balas,
'tu as raison, on peut dire ce qu'on veut'
(betoi hape ko cakap. sukelaa hati kau nak cakap ape)

sekali brader driver tu cakap;
KORANG BELAJAR BAHASA PERANCIS KE?

hah sudahh. aku pandang aini, aini pandang aku. kami saling pandang memandang menjeling menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang.

agak-agaknye driver tu paham ke kitorang cakap ape? ke die maen teke-teke je kitorang cakap bahasa perancis tapi tak paham pon ape yang telah diperkatekan?


naseb baekk aku tak SEMPAT mengumpat cakap brader tu tak hensem wakakakak.

bye.


Thursday, February 12, 2009

bila anda terasa keji sila tepuk tangan.


aku kadangkala boleh bertukar dari seorang yang menyenangkan, kepada seorang yang sungguh sungguh sumpah menjengkelkan.

dan hari ini aku BERTUKAR (kartun digimon) kepada makhluk yang menyampahkan, dan penuh dengan kata-kata jahat dan keji dan yang sewaktu dengannya.

SITUASI 1.
sedang tunggu lif nak turun gi perhimpunan profesionalisme pelajar (whadda??)
aku cakap, 'bodoh betol pompuan. jalang'

ohhh yessss. that J word people. bad keyla bad bad


...padahal pompuan itu tak buat salah ape pon, jadi sekarang aku terase keji yang amat.


SITUASI 2.
dalam hall sewaktu dengar ucapan yang bohsann from MR XX.

aku sebot, 'bodohlaa dialog dialog amende ni. menyampah seottttt. HUH.'
aku mengeji, 'hek eleh orang tue ni, apesal? ade aku kesah ke pengalaman tang teng trong tuh tut tut die tuh,, HUH'
aku bebel, 'apelaaaa nak sebot sangat pasal elaun tu. kecoh sangat. bangang jek. buang mase haku hokayyy.

dan banyak lagi sebenarnye aku rasa the whole assembly tadi mulut aku dok mengomel, mengkritik, mengeluarkan kate kate kesat.

...dan sekarang aku terasa sangatlah tak patot ape aku buat tadi. sigh,,


aku percaya pada karma. what you did you get back. dan juga bak kata justin timberlake and alicia keys : what goes around comes around what goes up must come down, adelah sangat terbukti kebenarannya. sebabnye u oll sume,, aku dah dapat balek balasan atas mulutku yang takde insuran takaful mahupon MAA dan juga tak reti nak berbudik bahase.

baru kejap tadi lutut aku terlanggar pintu loker and it hurts me like OW EMMM GEEE so baddd okeeeee.
padan muka tahi kuda kat aku. rasakan.


ada sesape nak dukung aku gi tandas tak? sakit lutut sakit nak jalan. T_T

Saturday, February 7, 2009

friday night, late night, nightmare.


aku suka hari jumaat. kelas berakhir lebih awal, dapat makan awal, dapat tidur petang awal dan paling best cuti laa wehh. cuti cuti cuti cutiiiiiii. it's the weeee-kend, lets grooovy hahaha.

and this is what the groovy all about.


maigoddd, who the heck are they?

oh yeah, camwhoring...dengan webcam je. aku takde keje sekian harap maklum.

si dila, sang fairuz dan mek keyla.

ade sesiapa nak ambik kitorang jadi model tudung? tudung mawi ka tudung ekin ka tudung nabil ka, kitorang sapuuuu.

oke kejap aku nak buat tag dari fieqa ni. sebab ianya seperti lazat untuk dibuat.

1. Anda rase anda HOT?
HOTak hang. aku hot amendaa

2. Upload gambar kegemaran anda


3. Kenapa anda suka gambar ini?

sebab saya nampak kuat walaupun pada hakikatnya tidak. dan kerana kami kelihatan sangat gumbira dengan senyuman gigi berfluorida.

4. Bila kali terakhir makan pizza?
sewaktu zaman kegemilangan dan kekayaan saya. sekarang saya sudah jatoh dua anak tangga berada di bawah jehan miskin. maksud saya, saya miskin.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
vitas- tak tahu tajok lagunye apa. vitas ini seorang penyanyi rusia yang menyanyi opera dengan nada yang sangat tinggi tak terkataaaaaaaaaaaaaa. sangat mengujakan.


6. Apa yang sedang anda buat selain dari buat tag ni?
buat apa yang tidak sepatotnya saya buat. ianya adalah -rahsia-


7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
sayang, baby, oops.. terlebih sudah.


Bold 8. Tag lagi 5 orang:
1. britney spears
2. iguana jiran saya
3. mr. inderjit singh
4. fairuz virus
5. tuan punya telefon bimbit nokia 6800

9. Siapa no 1?
kakak saudara saya yang bau bau bacang.

10. Siapakah orang nombor 2?
itu binatang lah, bukan orang. apa punya turrrr

11. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
hubungan kekeluargaan dengan mrs inderjit, isterinya.

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
diaaa. ahh, terlalu banyak yang hendak diperkatakan. bagaimana harus ku mula? (cewahh)

13. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
sebelum ini beliau menggunakan telefon bimbit nokia 3310 dan telah maju ke hadapan dengan menggunakan nokia 6800. pada masa akan datang mungkin beliau akan menggunakan telefon awam HELLO. kemungkinan.

itu saja. BYEEEEEEE