Monday, May 25, 2009

pelik. tiba-tiba datang cari aku. kenapa eh? tak tahulah.


Hari Isnin yang takde ong. Aku lewat datang kelas dush dush. Lewat 9 minit. Yeap, here ketepatan masa adalah sangat gila punya penting. Vital. Important. Essential. Aku kalau ikotkan memang hari-hari pun bangun awal dalam kurungan tapi tetap sampai kelas on the dot. Tapi harini tak tahu lah kenapa, aku bangun rasanya sama je, sama dengan waktu aku bangun hari-hari, tapi sampai kelas lecturer XX dah masuk. Shot! Aku lupa ok, masa first Isnin adalah si dia itu. Nasiblah badan.

Aku tengok jam aku dah kat 8.10, memang aku berjoginglah pagi tadi. Nak sampai cepatlah konon. Sampai-sampai pulak pintu belakang dah kunci so masuklah ikut pintu depan, pastu kena sergah 'YOU HAVE NO RIGHT TO ENTER BY FRONT DOOR WHEN YOU'RE LATE. BACK DOOR'

'BUT BACK DOOR IS KUNCI MADAME' dah gelabah aku pun english campur habis apa suma

'BACK DOOR!'


Aku pun patah balik ke back door apa nama tu pintu belakang.

And satu hari ni nama aku tersemat kalbu kat depan papan putih.

EN RETARD!!! (Lewat!!!)

8h 09 'Aqilah


Nasib baik ada geng, satu bilik aku pun lewat. Ngahahaha. Taubat doh. Tanak buat lagi dah.

JADI DAH ADA AZAM BARU NAK BANGUN MACAM BIASA TAPI TAK LEWAT. cewah cewah


And since kitorang nak habis dah Sem 2 (lamenye baru sem 2 duhh) so tadi kitorang buatlah pemilihan calon baru untuk komiti tertinggi dalam kelas untuk Sem 3 yang start next month. Hopkoslah aku tak pegang jawatan paling besar, muka malas sape nak pilih aku pun tak suke sebab kerja banyak nak mampos. Kalau aku pegang memang sah-sahla disaster. Ha amek disaster okkk aku guna nak bayangkan betapa tak sesuainya aku nak pegang jawatan besau.


But at last diorang pilih aku jadi GADIS FOTOKOPI. Ni pun tak best jugak sebab banyak kena jalan pergi Kedai Agus and fotostat. Makin kuruslah i u olll sume i dahla kering je ni haa




Next sem kena minum susu Weight Gain hari-hari time breakfast and before tidur dengan harapan boleh gumuk sedap pelok macam mr gumuk gumuk.



boboiiiiiiii.


Sunday, May 24, 2009

kalau rasa sedih, menangis adalah terapi paling baik.


And that is so true. Obviously for me lah. Haha

Aku agak kuciwa dengan orang yang bila dia senang, gembira, dia lupa kita. Tapi bila dia sedih, ada problem mula melutut nak cari kita sebok nak mesej nak call nak mintak tolong itu ini. Aku memang selalulah jadi mangsa tempat meluah perasaan, tempat orang nak share problem, nak nasihat itu ini. (waaahhh, poyo poyo)

But don't get me wrong, aku bukan tak suke tolong, siyes bukan macam tu. Aku memang tak kesah langsung nak tolong orang. Lagi-lagi orang yang memang rapat dengan aku kan. Yang memang baik dengan aku. Whom i called my best buddy. Aku tak pernah berkira lah pasal bab nak tolong molong ni. Tapi, walau cemane kau baik pun, tolonglah. Tolong sangat-sangat, aku manusia biasa jugak, tak lari from my own problem. You have yours, and i have mine too. Kalau dah benda macam sangatlah kecik sebesar taik hidung aku pun kau nak mengadu, HENTIKANLAH WEH. Aku sendiri ada lagi banyooaakkk lagi masalah sendiri. Masalah yang aku nak mengadu kat siapa aku sendiri pun tak tahu.

Bila sedih, bila serabut, sebok datang cari aku. Entah-entah bila happy pernah kau ingat aku tak? Heh, simpang. Bila sedih-sedih baru nak ingat kan? Haa, ngaku cepat. Sedih gila muka ni muka orang ingat bila tengah sedih celaru je. Whatever lah u ollll


Maybe sebab aku ni jenis pandai comfort orang kot. Jenis pandai convincing people cewah cewahh. Bagus gak skill ni, boleh jadi businesswoman. Agak-agak aku dah bosan jadi cikgu aku tukar profesyen jual jamu.

'Mari bang (bang jugak dulu keskes), mari kak, mari puan mari tuan, beli jamu kocok istimewa saya ini. Gerenti baik punyaaaaaa. Menghilangkan sembelit dengan baik.'


OK seperti bodoh. Aku bukannya tau pun ape tujuan jamu. Bahaha.

Apepon aku tetap sedih sebab bila aku really need someone to share my probs with, aku cari balik orang tu, tapi orang tu bukan menyenangkan, mendahsyatkan lagi problem aku je. So the best solution would be, staying away from that someone. Now that's the best way i guess.

Eventhough i do miss the old us :(


HA DAH LEPAS NI SAPE-SAPE TAKNAK AKU MENANGIS DENGAN LEBIH DAHSYAT SEBELUM TIDUR, JANGAN DATANG SHARE PROBLEM KALAU RETI NAK SOLVE SENDIRI. CHI PU TAW LIAW DAH BESAR PLEASELAH ACT LIKE ONE.



and boiiiiiiiboiiiiiiiii!


Saturday, May 23, 2009

I am not a shopaholic. Ulang 700000000x


Last week aku keluar tengok wayang dengan tiket free yang aku dapat. Aku tengok cerita Hunting and Gathering atau tajuk french dia, Ensemble, C'est Tout. Well ain't that bad lah cerita tu. Nasib baik hero muka macam Patrick Dempsey. Agak excitedlah jugak kohkohkoh. Lepas tengok movie tu, takkan nak terus balik kot kan. Menyinggahlah kejap ke department ladies mencuci mata. Ahcewah aku konon-konon je mencuci mata. TERbeli pulak baju-bajan dan sesuatu yang adalah. Ianya adalah -rahsia- (ha mulalah tu bayang benda mengarut)

Supposedly aku kena ambik jam adik aku kat City Chain time keluar last week. Tapi aku lupa. So alkisahnya harini keluar lagi ke Mid Valley itu. Cet, alasan je tu. Oi Ipan, kalau mak marah akak keluar lagi harini, kamu punya salah eh. Siapa suruh akak pergi ambik jam?
Lepas tu nanti dia mesti jawab, 'Siape suruh Kilah lupa nak ambik jam tu last week?'

Oh, adik terlebih garam. Menjawab nampak.

'YANG KAMU TAK RETI JAGE JAM SAMPAI TERKOYAK RABAK TALI TU APEHAL??!' Nah, rasakan bullet machine gun aku. Gaaahahaha gelak syaiton


Hanya imaginasi semata-mata. Tapi aku yakin adik aku mesti jawab benda sama. Kan? Ngaku cepat.

Dah dah sambungla cerita, nenek.

I went to Mid with Yin Swan my classmate. Dia pun nak post something kat Pejabat Pos (nak pos barang memanglah kat pejabat pos takkanlah pejabat kadi apeda) Dia nak post hadiah birthday untuk boyfriend dia. Gila comel bagi boyfriend hadiah botol air Nike. Kira okelah kan, aku tahu sebenarnya dia nak bagi botol susu botol air Jusco je tapi taknak nampak macam sedih je bagi botol air kan, so belilah berjenama sikit NIKE. Eh bapak keji aku ahahaha.Mintak-mintaklah dia tak baca blog aku amin Alah aku lagi teruk boyfriend punya birthday tak bagi hadiah pun hahaha gelakkan diri sendiri. Eh nasiblahkan. Sapa suruh jauh sangat, cik abang sayang. Tadi cerita kat dia pasal ni dia pun sebok sebok mintak nak hadiah. Menyesal cerita. Tsk. Malang sungguh dapat aku yang kedekut ni HUAHAHAAHA


Melencong sekali lagi. Takde sebenarnya aku nak bagitahu bahawa aku ada pergi satu butik ni, and try lah satu baju yang memang alamak, apesal cantik sangat ni? Kenapa cantik sangat apabila aku menggayakannya?


wagaga nak muntah silakannnnn,


OK I admit aku memang payah betul nak tahan dari shopping benda yang takde dalam list. That's why muka ni tak pernah berjaya nak simpan duit. Gahhhh apekah? Adakah aku harus pergi ke terapi macam dalam cerita Confession of a Shopaholic so that aku boleh berubah kepada sorang yang berjimat? BUT I THINK THAT IDEA NOT GONNA WORK FOR ME. Jadi takpayah buang masa.

Tapikan harga memang not bad langsung. RM 29.90 je. Size dah ada, Kaler pilihan pun ada. Disebabkan aku dalam mode -nak simpan duit- so kena tahan, tahan, dan tahannn. Last week pun dah beli kan baju. Cukup, jangan beli dah. Pejam mata. Butakan hati. Pekakkan telinga. (wah ayat) Dan. DAN AKHIRNYA AKU BERJAYAAAA. Berjaya untuk tidak beli walaupun aku memang nak beli. Ahh darn darn. Aqilah, diamlah. Simpan duit.


NAMUN DISAAT INI AKU MASIH TERBAYANG BAJU ITU. OH TIDAK MENGAPAKAHHHHHH?


Harapnya tak masuk mimpi aku malam ni. Nightmare sungguh.

OK Boboy!



Thursday, May 21, 2009

exam, zombie dan dot dot dot.


Saya baru habis mock exam. Exam betul-betul bulan Jun nanti. Time cuti pulak tu. Dia cut cuti aku nampaknya. Cis kau exam. Eh tak boleh tak boleh. Nanti kena sumpahan tak lulus exam. Tarik balik kata-kata tadi. Mahal oh bayar yuran exam kalau free takpelah kau nak repeat banyak-banyak kali pun kau punya suka. SAYA WAJIB WAJIB WAJIBUL GHUNNAH MUSHADADAH UNTUK PASS EXAM INI. AMIN.
(terima kasih aminkan. *tersenyum gigi kuning*)


OK dah. Cukup cukup. Taknak cerita pasal exam dah. Even mock pun aku tetap cuak sebab macam kantoi je essay EH DAHLA CUKUP KAN DAH CAKAP TANAK CERITA PASAL EXAM GRRRRR



Lepas tu tadi roomate aku ajak tengok movie coming soon. Kat laptop je lah. Cik Aqilah nak tengok cerita hantu kat wayang macam harapan je laa kan. I ni penakut tahu. Kalau ada grammy award untuk penakut terhandal, ataupun anugerah emas penakut terhebat, jangan terkejut kalau si kurus ini yang dapat trophy. OK sila ketawa sila sila wa takda halllllll haha.

HYPER THE BALL whatever.

Jap ape tadi aku nak cerita? Haa pasal coming soon. Kan dah menyimpang ni. Tengok awal-awal pun macam saspen-saspen jadi aku hanya boleh bertahan 10 minit je. Pastu aku surrender dah tanak tengok. TAKMAHU TENGOK TERIMA KASIH.

Menakutkan lah cerita-cerita gitu. Nanti buat aku nightmare 7 hari 7 malam je. Ingat lagi haritu (read : 7 months lalu. dah 7 bulan aku ditinggalkan gantung tak bertali. hahaha ayat. aqilah, ayat baik sikit) time nak tengok movie dengan mr. boyfriend, boleh dia pergi beli tiket cerita hantu. time tu keluar dengan cousin dia, cousin dia pun tak kesah tengok cerita hantu jadi dia telah menghiraukan tangisan serta rengekan aku sambil hentak hentak kaki protes taknak tengok cerita hantu. KEJI OK. SAMPAI HATI KAN ISKK.

Nasib baik cerita pasal zombie je. Oh syukur. Zombie adalah geli bukan takut ye kawan-kawan.


Cakap pasal zombie, untuk teater romeo and juliet with my seniors, kitorang yang junior akan jadi zombie. Ye, Romeo dan Juliet versi baru pelakon tambahannya adalah zombie.


Kelakarnyaaaaaaaaa.



Saturday, May 9, 2009

kuala lumpur adalah sangat panas. SUPER PANAS. siapa setuju?


Angkat tangan. Sila angkat tangan jika anda setuju.

Lagi-lagi bilik aku sekarang ni. Aduh ya ampunnnn, panas bangettt. Even lepas mandi pun rase belengas balek tahuu. Mungkin aku perlu study, makan, minum, melepak dan tidur terbongkang dalam bilik aer kot. Baru tak panas sangat. Hmm, idea yang bernas. Esok aku nak cubelah.

Kat tempat aku belajar ni, aku tinggal kat sort off like apartment lah. But not that luxury apartment ade aircond bagai lemaklah tuuu. Ni dah macam ala-ala rumah ada pantry ada ruang tamu pun dah kire baek dah ni. Bersyukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Rumah ni ade 5 bilik lah kan. Bilik A, B, C, D dan E. (apekebende name bilik macam ni. bagilah name bestari ke, ikhlas ke, intelek ke, takpun IBNU SINA ke, IBNU BATTUTA ke. haa amek tibe-tibe spirit $m@p labu datang lah pulak. baahahaha)

Bilik aku bilik palenggggggg besarr ataupun orang kelantan kate, 'big'. Iaitu bilik E. Memanglah paling besar, tapi PALING PANAS GRRRRRR. Sebab mengadap matahari. Dan jalanraya? Dan hostel lelaki Unikl? Oh ini aku taksuke. Mereka adalah sangat gelenya dan gatal tahuu. Perlu berkali-kali pikir kalau nak seksi. Cis sungguh. Mengapakah kau orang ditakdirkan tinggal berhadapan dengan kami, makhluk? Uhhhh, sudikit rimas kalau hemsem takpe jugak

Bila petang time aku tengah dalam mood-mood beradu (kantoi tidur petang manjang) mulelah bagai kera kena belacan. sangat tak selesa hokeyyyy nak tidur. Tapi berbekalkan semangat dan wawasan yang kuat, ku gagahi jua. Cett, nak tidur dan-dan tu ada wawasan. Nak study tengok??
Ptuihhh. Oke whatever. sambungan,

Halfway aku tidur, aku mesti lari gi bilek depan. Bilik B sejuk siket. Sebab tak mengadap matahari kan. Pastu cam ada pokok-pokok hutan sikit huuuuuu hantuuu.

Walau mamai camne pon, aku bangunnnn jugak gi tukar port, nak tidur lebeh selesa siket. Menyempitlah katel sesape huaahahaha tensyen jek budak bilik tu muke ni slalu datang menyempit.
ADA AKU KESAH? HAHAHAHAHA

Kesimpulan yang dapat dibuat disini adalah, Kuala Lumpur memang sangat panas. Oh bonda, anakandamu ingin memasang aircond di biliknya. Izinkan anakanda, bonda?

HAPPY MOTHER'S DAY IN ADVANCE KEPADE SEMUA IBU-IBU DI DUNIA. IBUKOTA, IBU JARI IBU APEPON AHH BELASAHHH. TAPI SAYA NAK BOLD, ESPESHELI TO MAK SAYA.

i miss my mom. :(

bye.

Thursday, May 7, 2009

kelas teater.


kelas emilie harini sangat best. bukannye ape, kelas berlakon berlakon kan. memangle seronok. nak-nak pulak kitorang masing-masing memang macam teenage drama queen (cewahhhhh) so memang enjoiiiii!! *puteri style* sume all out ahh. yang agak senyap kurang bercakap pun leh berlakon dengan baik. i loikeeee. aku takpayah cakaplah, bile mase yang perlu untukku senyap pun aku nak cakap ngaahahaha.

ini bukanlah pertame kali kitorang dok berlakon dalam kelas, dah banyoooaaakkk kali dah pun. cuma this time laen sikit sebab emilie memang nakkan kitorang berlakon secare wahhhh, menghayati giteww. krkr tak menahan

AKU SUKE KELAS TEATER OKAYYYYYYY ^_^

as usual kitorang akan berlakon dengan partner masing-masing. partner belajarlah, mangkok. kalo dengan partner betul-betul takpayah susah-susah nak bikin dialog, kalau macam akulah, sume pon nak stori. ahaaa kan hazim kannnnn? oke menyimpang jaoh sudeh, kembali semule,

aku partner dengan nazareth. (dear saye belajar ni, takde niat lain ye). cerita kitorang, is about couple yang berpisah. apelagiiiiii, scene gadohla deyyyy. hahaha. aku siap buat nanges lagi. siap adegan tampar menampar lagi. and emilie lecturer i tu puji tahuuuu! sukaaa

die cakap, 'c'est superr!!!!!!'

oh, blushing i.

i memang pandai berlakon pun i tau ngehngeh. nak-nak kalau bagi watak gedik, haa itu takpayah susah susah aku nak berlakon. aku memang sejak azali lagi sudah gedik. pengakuan maut nampaknye. baaaahahahaaha

APE-APE JELAH, YANG PENTING ESOK AKU NAK CARI KASUT BARU. FRUST OH HARITUUUU DAH ABIS YANG AKU MAU. I HATE MID VALLEY HSDHJKSFGHEHBD. KLCC, HERE I COME.

and bye.

ps : hazimmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm, i missssssssssssssssssssssss youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu tahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
aih.