Tuesday, June 23, 2009

Kau Ni Suka Sangat Merungut Lah.


Alhamdulillah. Sukurrr kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku dah mula sem baru. Sem 3 dah weyyy. Happy feet! Tak sabar nak fly ni nanti boleh merendek pergi Egypt hahahahahaha. OK berangan. Lambat lagi lah weyyyy. Setahun lagi. Pass ke tak exam pun tak tahu lagi. Dahla tu cukup cukup.


Dah masuk hari kedua. So far aku dapat rasa Sem ni memang gila busy lah. Tak macam sem lepas aku banyak berpohye-pohye (bukan pokya lah cett) Tapi sem ni time kelas pun macam stress stress sikit. Masih awal lagi kot? Takpe kita tengok.


Dannnnnnnnn PALING aku tak suka aku kena banyak berjalan tahuuuu. BUKAN BERJALAN-JALAN PERGI SHOPPING WEH, PERGI BUAT FOTOKOPI OK. FOTOKOPI. Penatlah camgini tsk. Naik turun tangga. Aih. Dahla kasut baru ni tinggi mana tak lenguh kaki kalau asyik nak naik turun tangga je adeh adeh. Lepas tu tadi laptop tak bawak so time kelas TPE kena guna laptop tak pasal-pasal kena balik asrama amik laptop. TANGGA LAGI. Kat asrama pulak sekarang ni lif rosak dhfsdhgffgrefbvnsdalkgfdjg so bayangkanlah kena mendaki tingkat 5 pulak. TANGGA LAGI EPISOD 2. Dah amik laptop yang RENGANNNNNN ni kena daki lagi tangga nak pergi kelas yang keseluruhannya macam tangga kat Batu Caves. Hyper the ball nampaknya. Eh biarlah ada aku kesahkah Karim?


Kesian I tahu T_T


Kelas pulak tadi supposed habis pukul 1.30 tiba Mr. Liew extend sampai 3.30. Non-stop. Kelas aku start 8 pagi yeh. Break 30 menet je nak makan. Pastu yang petang adalah dia bagi break kejap 10 minit. And belanja cucur udang makaseh monsieur i yang comel comel (barulah nak puji pembodek gila aku) Bila dah habis tadi memang aku semangat solat apesume sebab tak sabar nak LANDING TIMEEEE huahuahuahua



Sekali roommate I Dilla, Yana and Yin Swan yang machem-machem tu tengok movielah pulakk. Tengok cite The Last House On The Left yang bapaklah jijik dan ganas bebbb. Ha weyy. Jadik terganggu lah beauty sleep I ni u ollll sume. Sebab layan diorang menjerit dan menggeli geliman. Tambah pulak dengan bunyi movie itu senirik yang ala biaselah movie. Nak nampak gempak bunyi mesti kaw-kaw punya. Macam tak biasew pulawk you nehhh


Dan sekarang ni aku berblog dan ber-atas-garisan (online). Hazim tak online lah pulak malam ni. Oh a'ah kan, dia nak exam esok, or lusa kot? Maybe. I tak surelah pulak hehe. All the best dear! Don't worry saya selalu doa awak lulus and dapat balik Malaysia ASAP. Amin. (Wey aminkan lah jugakkk)


Wahaa tak sabar okayyyyyyyyy! Baibaii!!

Friday, June 19, 2009

Pengumuman Penting Yang Menyakitkan Hati. Kau Tapayah Bacelah.

Pengumuman kepada budak-budak bangang,


GET A LIFE LA WEYYYYYYYYYYYYY!!



Huh



Ok bye.

Thursday, June 18, 2009

Perkenalkan, Teman Se-bitchy I. Oh, Dia Dah Tua Harini.

TADAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Hai nama saya Intan. Lebih glamor dengan Tantan. Tepi sikit saya nak makan. (wah, macam pantun. ekekek)

Ko ingat tak ko pernah cakap 'Nasib baiklah jambatan ni dapat tampong berat aku' AAA JANGAN TIPU AAA, MEMANG KAU YANG CAKAP OKKK.

Aku tau ko nak mini cooper weh, tapi ini je yang mampu buat masa ni. HAHAHAHA GELAK KEJI

Wah comelnya kita berdua. Hahahahahahahahahaha gelak berdekah-dekah

Pasaipa la muka hang macam tu combii? Jangan marah haa nanti kena jual WAKAKAKAK


OK MUKA KAU MEMANG TAK DINAFIKAN SANGAT EKSOTIK. MACAM CHIPMUNK KAN KAN? KIHIHIHI

Kalau bab makan, mesti dengan ko. Kalau dengan ko, mesti bab makan. It's natural ya know. Yo yo please stand up the anak gorilla in the house yaw man.


Aku rindulah zaman ni. Sumpah aku rindu. Kalaulah boleh putar masa balik, aku nak buat kentang putar sekarang jugak. Laparlah pulak gugugu


Untuk penutup aku letaklah gambar ko paling ayu kan. Wah tengok, aku gerentos ramai jujaka jujaka boleh cair tengok gambar ni.


Hahaha geli bulu ketiak den.




Dear Intan Soraya Mohd Musa,

HAPPY 19th BIRTHDAY BABE!!
semoga panjang umur, bertambah-tambah rezeki berat, and berjaya dunia akhirat sayangggg :)


AKU SAYANG KAU WEH. SUMPAH AKU SAYANG KAU GILA-GILA PUNYA SAYANG.
Untuk itu, NAHHHHHHH terimalah ciuman aku.......

mwwwaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tihihihihiihihihi :)



ok bye!


Tuesday, June 16, 2009

Rumah Manis Rumah!


Or orang kelantan cakap, home sweet home. Haha.


Hai Dunia! Katakan Tak Nak kepada Rokok. Tibe-tibe je aku ni. Hmm, harini aku balik rumah. Sebab masih ada baki cuti seminggu. Haritu terpaksa balik kampus balik sebab ada exam. Pelikkan. Orang exam dulu baru cuti atau busuk sikit cuti dulu baru exam takpun PALING BUSUK SEBUSUK-BUSUKNYA ADALAH TENGAH-TENGAH CUTI KENA EXAM.


Kasihan kau nyah oi.


Aku plan nak balik awal, dalam pukul 8 dah siap dah ngendong beg nak balik. Tapi. Tapi dah semalam tidur pukul 4 pagi kan. Imposibel lah untuk aku bangun awal ni alah same je aku tidur awal tidur lambat aku bangun lambat jugak. Encik Teman Lelaki siap semangat dah call aku pukul 8.30 suruh bangun siap-siap nak balik. Sorrylah Encik Teman Lelaki, saya jawab awak punya call pun dengan mata tertutup tahuuu. But still saya sedarlah apa saya cakap. Tak larat nak bangun je kihkih. Anyways, thanks banyak-banyak awak. Sudi call saya even awak 3 4 pagi kat sane. Awww (terharu)


Before balik aku pergi Celcom Centre kat PJ. Niat dalam hati nak maki maki (jatuh air muka ni haa, hari-hari kerja aku memaki. Eh ada aku kesah? Cak cak cak cak cakecak cak) sebab plan broadband yang aku mintak time daftar tak sama dengan aku mintak bila dapat bil. Lemakla weh nak bayar 98 hengget sebulan. Tak dapatlah nak sopping sopping lagi camgini tskk. Ceh yo yo oo je aku. Padahal mak abah yang support. Terima kasih mak. Terima kasih abah. Terima kasih kepada semua yang menyokong dalam karier saya ini. Terima kasih juga kepada peminat-peminat saya. Tanpa anda, siapalah saya. Saya sang eh eh ni apa kes aku ni? Melalut la pule.

Inilah akibat banyak tengok dot dot dot dot


Weh kau nak tahu aku tak jadi pun nak maki-maki. Nasib baik akak tu macam comel je, muka manis. Buatnye dapat akak muka busuk macam semalam, memang aku bukak silat karipap aku. Haha bodos je. Bila nak bayar bil yang aku terpaksa jugak bayar eventhough mahal seotttototototo, akak tu pergi bundarkan bil aku. Takdelah banyak pun, bil aku RM104.80 and dia genapkan to RM105. 20 sen je kan. Wey duit jugak tu wey. And aku cakaplah,

EH MANE BOLEH, CELCOM DAH BANYAK UNTUNG DAH KAYA DAH. MANA BOLEH MACAM NI RUGILAH SAYAAAA. nada : masih cool dan macho

Akak tu jelaskan,

TAKDELAH MS AQILAH, EVEN BUNDAR PUN, YANG LEBIH TU STAY DALAM ACCOUNT CIK. CONTOH IF CUSTOMER BAYAR 100 TAPI BIL DIE 50, YANG LEBIH 50 TU AKAN DITOLAK UNTUK NEXT BILL.

Oh ok. Aku terase bodos untuk seketika. Sekarang pun aku terasa bodos-bodos alangs lagis. What was I thinking? Tawar-menawar kat Pasar Siti Khadijah? Kalau bayar bundar dia untung lebih lah kan. Kalau sorang 1 hengget 10 orang dah dapat 10 hengget untung.




Yeah right, what-ever-lah.



Lainkali betulkan niat, Mokcik Aqilah. Jangan asyik nak memaki je kan dah malu. Wiwowiwowiwowiwowi (takde motif) Blushing I begini.


Boboi


Monday, June 15, 2009

Aku Rasa Aku Macam Nyamuk. Kecik dan Sangat Annoying. Nyah kau nyamuk.


Baiklah. Untuk menambahkan mood dan semangat penulis blog yang kurus kerempeng ini, YAAA, AKULAH. SAPE LAGI KAN. Aku nak memaki sepatah dua kata dahulu. Wah tengok, nak tambah mood kena memaki dulu. Astaga mengucap nak, mengucap.

Tadi alkisahnya aku lapau gilau nak mampau. OK bahasa melayu betulnya, lapar yang amat. Ataupun sangat lapar, atau boleh juga dikatakan lapar kuasa dua. Eh apa ni, aku bukan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ookkkk.

Kembali kepada cerita. Sebagai nak alas perut sebelum aku jumpa nasik, aku pergilah beli pretzel Auntie Anne's. Lama jugaklah pilih. Taktahu nak beli apa, rasa nak beli semua sebab semua macam sedap. Haha thomaknya kau, makcik.
Aku belilah pretzel almond kan. Oh lupa nak cakap, akak yang jual tu muka memang masam macam orang takboleh berak sebab sembelit. So akak yang jual ni amikkan lah untuk aku satu. Dia amek paling hujung sekali. DAN WARNANYA YANG PALING GELAP. Aku pun cakaplah,

AKU : Kak, tukarlah. Nak yang ni.' *jari tuding-tuding kat yang aku nak*

AKAK MUKA BUSUK : Alah same je dek. *pastu tutop tempat simpan pretzel tu kuat-kuat*

OH OK. MACAM BAGUS. DEY MINACHI (eh, dia bukan indian tapi malay ye), AKU YANG BAYAR EH, AKU PUNYA SUKALAH NAK PILIH MANA SATU!

Aku macam biarlah, bayar je lah aku nak makan dah lapar. Tiba-tiba kau nak tahu Senah? Warna dia macam agak gelap sikit kan, rupe-rupenye hangus!!!!!!!!! Dan rasa dia macam pahit sikit.



MANGKOKKKKKKKKKKKK!!!


Mangkok mangkok mangkok mangkok mangkok mangkok mangkok MANGKOKKKKKK DOWH AKAK TU fakhgrgbfhbhsbdfbdfhbfasbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb.

Hish. Benci betol i taw.


*************************************************


Assalammualaikum. Hai saya Aqilah. Saya sangat bersopan santun dan berbudi bahasa.

Harini aku pergi karaoke dengan Rini and Tantan. Sangatlah gembira tahuuu. REDBOX MEMANG FAVOURITE AKU OH. Dapat melalak lalak lalalaklalalaklalalak oops terover pulak. Tapikan tan, aku rasa kalau si aku-tak-ingat-apa-nama-laki-tu-tadi takde, mesti lagi ummphh kan? Sebab bila ada laki tu, aku terpaksa mengurangkan tahap ke-bitchy-an aku sewaktu berkaraoke. Ngahahahaha.

Dan misi berikutnya adalah mencari kasut baru. I tenshenlah u olll. Bila I dah suka kasut tu, mesti takde size punya. I tasuke betol tawww. Inilah payahnye mempunyai kaki cumel macam i ni hihihihihihihi ok geli. Tapi nasib baik jumpe. Syukur syukur syukur syukur.

Ingat nak beli kasut je sekali ALAMAK TERBELI TER OK TER, TAK SENGAJE YE TERBELI BAJU DAN JUGA SELENDANG HAHAHAHAHA ADODOY,,


Terbukti aku memang perempuan sejati.


Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee (gedik)


Sunday, June 14, 2009

Rasa Nak Update Blog Tiba-Tiba.


OK let's start. Macammane nak define yang life korang bahagia? Dikelilingi kawan-kawan yang sama kepala? Yang sama gelak mengekeh macam hantu? Yang suke mengarot buat lawak bangang pastu gelak ramai-ramai sampai terkeluar semua air hidung air bawah air atas suka kaulah. Dan juga ada kawan baik yang kita boleh share semuaaa benda kecuali boyfriend hahaha dan apa-apa sajalah yang berkaitan dengan kawan aku malas nak type banyak sangat.

Ataupun hidop yang bahagia dengan family yang memahami? Mak dan abah yang sporting, adik-beradik saling share menge-share itu ini hatta seluar dalam akak pon boleh kita sarung sekali, kongsi deepest darkest secret sama-sama, dan paling best boleh paw topup ataupun makan mewah mewah macam nando's etc.

Ataupun sebenarnya life kita paling happening paling bahagia bila kita ada someone yang dipanggil boyfriend/girlfriend/pakwe/makwe/awek apa mangkok lagilah kau nak panggil. Dimana kita dibelai manja, disayang-sayang, berjanji taat setia sehidup semati you jump i jump i love you (alah ngaku jelah kau pun sama jugak kan?) etc etc. Juga beliau inilah yang menjadi bahu untuk menangis (shoulder to cry on) bila kau ada sakit ke, kena marah ke, tengah down ke, tak dapat jawab exam ke, dapat pointer rendah amat ke dan apa-apa jelah yang sewaktu dengannya.

Ataupun. ataupun. ATAUPUN. ok, ni bukan takde idea nak menulis, cuma nak buat saspen. saspen tak jadik. Gelakkan diri sendiri nguahnguahnguah


Ataupun sebenarnya bahagia dalam life yang kita carik adalah apabila kita dekat denganNya, bila baca Al-Quran terasa macam 'alangkah indahnya kitab milikMu ini ya Allah, dan bila kita baca doa kita menitiskan airmata kerana merasakan sangat kerdilnya diriku ini dihadapan mu Ya Rabb, dan bila berwirid, berzikir mengingati Tuhan yang satu mendatangkan tenang di dalam dada.


Yang mana satu agaknya? Aku pasti. Dan aku tahu yang mana sebenarnya yang betul-betul aku nak. Tapi. Tapi. Tapi entahlah.

Taktau nak cakap macamane.


Too late kah?



******************************************

Nak cerita lain. Baru lepas habis exam. I mean, REAL EXAM. Malas nak ulas pasal exam. Tengok result sudeh. Kang predict-predict, target tu target ni, tak tercapai, kan sodih tu jangggg.

A'ah. Memang eden tongah sodih. Tapi eden toraii (try) takmau tunjuk. Tapi ontah napo payahla pulak aih. Ah apo-apo yolah.

Tak macam sedih pun ada jugak. Lebih kepada emotional. Aku memang cepat emo. But boleh cool easily. Dengan bersyarat lah kan. Kalau tak, payah ah nak surut. Memang rasa nak makiiiiiii je tahuuuuuu. Sabar aqilah sabar. Sabarrrrrrrrrrrrrrrr



Dahlah. Boboiiiiii.