Wednesday, July 15, 2009

Sumpah Weh. Aku Tak Sangka Langsung.


Bahawa adanya orang yang nak baca blog aku yang penuh dengan hasad dengki, caci makian dan tipu dusta lagi durjana ini. Ceh, ayat gua boleh buat Cikgu Arshad Cikgu BM aku dulu melutut depan aku. Bahaha tahap perasan aku dah mencecah 345 darjah Celcius nampaknya. Hentikanlah, aqilah.

Alkisahnya aku tadi sedang menelaah...Facebook. Secara tiba-tiba, aku ditegur seorang jejaka tampan dan macho mempunyai six packs dan bermuscle-muscle, senang cakap menjadi rebutan gadis-gadis Malaya ok dah dah cukup. Banyak dah dosa aku nih. Menipu tak habes. Jejaka itu bernama Meor (nama sebenar). Wahai Meor aku tahu ko bace ni, sila jangan marah nanti cepat tua.

Lalu terjadilah perbualan seperti berikut :

WEH KENAPA BLOG KO TAK BOLEH BUKAK NI?

So aku jawab,

AKU MALAS DAH NAK UPDATE-UPDATE BLOG NI. NAK DELETE SAYANGLAH PULAK, SO AKU PRIVATEKAN JE LAH.

Dia balas,

ALAAA, TAKDAPAT AKU NAK BACA KO MENGAROT-NGAROT LAGI.

Aku pun macam

EH NI JUJUR OR NAK BODEK AKU HAPE?

Pakchek itu pun cakap,

JUJURLAH, AKU SUKA APE BACA BLOG KAU.

something like that lah bunyinya.

Aku pun tibe-tibe terkembanglah pulak kan, ade peminat rupenye blog tak seberape ni. Haha jadi terkeluarlah jawapan artis aku,

ATAS PERMINTAAN RAMAI, SAYA AKAN TUNAIKAN PERMINTAAN ANDA. ehcehcehhhh

Ramailah sangattt. Sorang je pon. Wakakaka. Aqilah, tepuk dahi sendiri, bagi sedar sikit.

OK itu yang pertama.

Cerita kedua.

Tadi, sedang aku menelaah.... Facebook (eh kenapa ayat aku macam sama dengan kat atas? jap check balik jap) A'ahlah. Sama. Nampak sangat tak study. Main facebook memanjang. Dahhh, sambung cerita hangat ni weh, bila nak habis. Janganlah menyimpanggg

Amar tegur aku kat YM. Dia pulak tanya camgini,

KENAPE BLOG KO TAK BOLEH BACE NI? CENSORED KE?

Bahahahahahahahhahahahha. Amar enko nehh. Takpe takpe. Tunggulah. Satu hari nanti aku buat blog XXX ye. Confirm ramai datang melawat. Berbondong bondong umat datang.

Jadik aku pun jawablah benda sama yang aku cakap kat Meor;

AKU MALAS NAK UPDATE-UPDATE SO BIAR JE LAH PRIVATE.

Sekali dia bagi jawapan yang buat aku kembang kuasa kuda yang berganda-ganda lah pulak.

ALAAA...NAK DELETE KE? BORINGLA AKU NANTI. AKU SELALU BACE BLOG KAU. I NEVER EVER MISS ANY OF YOUR POST TAU...

Haa tengok. Aku tak tipu ok. Tengok, lihat, baca dan eja. Blog I ada peminat lah you all sume!! Tak sangke betol I taw. Terharu gitew. Dan-dan aku bertukar gedik macamni. Nguahnguahnguah


Alah aku tau, korang kesian tengok aku macam desperate gila, excited sangat alahai, baru setakat dua orang je pun yang baca blog ni. Kecoh macam hape. EH ADE AKU KESAH KE JOYAH? CAK CAK CAKECAKCAK CAK (Sape peminat astro ria konpem tau ape menatang aku buat neh. haha)

Thanx to Meor and Amar. Sebab korang aku update harini. Sumpah aku terharu. Haha. Well aku tulis blog memang bukan niat nak dapat banyak follower or whatsoever itu pun. Sebab sape pun nak jadi follower aku? Cey ayat melodramatik seottt. Bagi akulah kan, aku blogging, sebab nak memaki akak Auntie Anne's yang bagi aku Pretzel hangus. Wakakaka



Baidewei, harini kelas teater sangat seronok hingga menjilat ibu jari kaki. Sumpah aku ada kawan yang sangat berbakat bab-bab teater and berlakon ni. Oh, tak terkecuali ya, empunya badan yang sedang menulis blog ini. Siap pernah menang Grammy Awards ni kotttt.



Hahaha geli tekak I


Ok tu je, boboiiiiiiiiiii!!!