Tuesday, September 8, 2009

Keserabutan.


Aku serabot. Serabot amat. Dengan loker semak tak hengat. Meja behabok, buku bersepah sepah. Baju sebakul setong tak basoh, and dengan banyak benda nak buat, and banyak benda jadi, aku serabot. Sumpah serabot



Now tell me, macam mana nak ok?




Dah aku nak hafal skrip teater. Esok ade pertandingan teater ergh what the fish.

Monday, September 7, 2009

Penatlah Fikir Tajuk Post. Jadi Inile Tajuknye.


Salam alaik.

Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah masuk hari ke 17 kita Ramadan. Pejam celik, pejam celik, dah 17 hari dah puasa. Cepat betul masa berlalu, kan? Kadang bila tengah khusyuk membuang air, sedar tak sedar dah 25 minit kita spend masa dalam bilik termenung (jamban) memikirkan masa depan. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Eh busuk gila contoh aku bagi. Aku memang tak boleh betullah kalau bab bab nak serius ni. Mesti tak jadi. Choyyy



Harini takde bende spesial yang aku buat. Sume tak spesial pon. Weh aku tak guna bad words ok. Memang kalau dalam french nak cakap 'special' sebut die 'spe-si-al'
Rite, whatever.


Aku tau korang mesti nak korek pasal aku dengan mr boyfriend kan? Elelele ngaku je lah. Wahaha poyos giles. Macam orang kesah je. Weh perasan la kau, aqilah. Please ah weh, please., kateku kepada diri sendiri. Well, so far so good. Kitorang ok ok sajah. Mr boyfriend tengah cuti. Balik malaysia. That's why tak heran sangat internet ni. If not dulu every saat every minute pun aku nak mengadap laptop. Tidur pun aku on laptop on ym semate-mate nak dengar buzz. Aku dengar buzz je boleh terjage tahu. Be it pukul 3 pagi pun. Iye weh nak bagitahu betapa rindunya I kat mr boyfriend dan sanggupnya I menanti cehcehh. Aku taknak para pembaca aku muntah muntah and allllll my secrets admirers (perasan) aku bunuh diri. So sebelum pape baik aku stop cerita geli geli cenggini.


Cepatlah minggu ni habis. Aku dah penat mikirin video enggak siap siap lagi donk. And tak sabar tunggu weekend ni. Tak sabar gila serius tak sabar wehhh. Not gonna tell you right now na na na na.


Be patient. Be very patient. Byyyyyeeeeeeeee








Thursday, September 3, 2009

Aku perlukan Ais Bertong-tong Untuk Sejuk.

Yaw people. DJ Keyla in da housee, please stand up please stand up, yo please stand up !!!! Ok dah duduk balik.


Assalamualaikum. Tak jawab doseeee ( ayat tipikal jantan jalanan. Haha )


Harini aku nak komplen something. Rase dah lame aku tak membebel memaki hamungg. Mintak mahapla yek. Sape sape yang bace terpakse sharing sharing dose dengan I. Haha. Sape suruh kau nak sangat bace (ayat berlagak. haha sukela hati)


Aku memang dah lame aa tak puas hati dengan Celcom. Serius macam tuttttttttt dow. Dulu masalah time aku register broadband. Aku sign up for pakej 68, tapi bila aku kena bayar first bill tengok-tengok die registerkan aku untuk pakej 98. Lemaklah wei aku nak bayar 98 hengget tetiap bulan. Kopak aa aku cenggini. Seriously, buta ke bang? Buat kerja macam mane ni? Nak kate laju gila broadband aku, HUH HARRRAMM. Kekadang terdisconnect sesuke hati bapak tiri nenek dia. Lepas tu nak tunggu habes load satu page aku boleh pergi mandi and siap habis karaoke 7 bijik lagu Britney Spears, baaaru siap load. Especially website yang macam berat-beratlah yang pakai flash player and stuff. Mane tak tensi Bedah oii. Grrr

Lepas tu yesterday aku nak topup. Since kat tempat aku neh adelah payah nak dapat topup, nak topup kene menapak gi Amjal ko taulah aku ni girl next door malas tahuu nak merayau rayau sampai ke amjal tuh (ceh, dan-dan mengaku next door) So aku pun mintak tolonglah Pija topupkan through CIMB Click. Eh biaselah, mestilah advance beb. Ape baranggg penat-penat menapak semata mata nak topup nguaahaha. Sakit kaki I ni nanti taww

Yang aku peliknya dah successful ok proses pe-nopup-an itu. Maigod, teruk gila bm aku ni. T_T Tapi, HAPESAL TAK MASOK MASOK LAGI NEH? AKU NAK GUNELAH, MANGKOK. Kredit gua dah zero for like, 3 days kot? Gua ada hal penting kena mesej kawan gua bro. Gua nak mesej kekasih lagi satu hal bro. Jangan aa bikin gua camgini. Cannot go lah ini macam. Haihhh. Sampai ketengah malam aku tunggu tak masuk-masuk jugak. SOS topup? Dah, aku dah guna dah last week. Habeh dah pun. So kene topup gak cemane cemane punnnnn


Last-last masuk jugaklah. Masalahnya bila kau tahu? PUKUL 11 PAGI TADI. Bangkai. Aku mintak pukul 10 malam semalam. Celcom ni memang nak kene hempok. And here comes the mostt annoying part, tak sampai sejam pun topup, dia dah tolak kredit aku awal-awal sebab buat SOS topup haritu.


WAHWAH, NAK TOLAK KREDIT AKU CEPAT PULAK ENKO YEK CELCOMANGKOK. Annoying kan? Lagi tambah annoying bila dia tolak 2.50, 50 sen as servis caj. Double mangkok. Same jugak if buat share kredit, nak share sehengget jek, tapi sekurang-kurangnya mesti ada 1.50 sebab 50 sen servis caj. Heyyyy menyampah tol aku syarikat neh. Nampak sangat kaut untung over-over. Cube bayang berapa ratus ribu pelanggan celcom gune khidmat share neh sume, tak ke kayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa syarikat diorang?


Lagi satu macam tuutt. Iklan sungguh sungguh gila gila dahsyat siap buat promosi merata pasal Upax. Plan murah, takde kredit expired. Memang paling murahla banding dengan yang lain. Aku dah almost 7 months jadik pelanggan celcom specifically Upax ni, tapi kenapa aku ada je kredit expired? Ada kawan aku 2013 baru expired tak kesahla dia topup berapa hengget pon. Tadi gi mid aku tanyalah orang kat Bluecube pasal benda ni. Dia suruh aku pergi Celcom Centre to change my account tu. WHAT DA .....?


I can stand nomore. Banyak lagi sakitnye hati aku dengan Celcom tapi dahla tak larat aku nak membebel dah. Makin saket hati pulak. Sebelum nak blah, aku nak eja something dan tulis besar besar, boleh?





B-A-N-G-A-N-G





Huh naseb baek tak pose. Boboi


Akhirnya Aku Bukak Balik..Blog. Bukan Bukak Bajulah, Pandai.


Rakan-rakan, hai!

OK sekali lagi blog aku kejap bukak kejap tutop. Alright I've decided not to privatekan this blog anymore. Lepas ni aku nak promot kat facebook blog aku. Saje nak poyos. Even takde sambutan pun (ayat mintak simpati weh T_T) Hahahaahahaha eh sukela hati


Oh baidewei, Happy Ramadan to all. Like omaigod i cant believe dah nak masuk pertengahan ramadan dah. So to all, and to me, and to you, and to mak abah, and to adiks beradiks and to mr. love (nak jugak tuh) marilah kite sama-sama tingkatkan amal and manfaatkan saki baki ramadan yang maseh ada ni. Insya Allah. Haiya binaa!


Wahh. Terserlah ke-smap-labu-an aku disitu. Ehcehwahh


Semalam kan u oll, I hantar senior I kat airport. By the time aku tulis ni diorang dah selamat dah kat bumi Perancis nun jaohhhhh disana. Alhamdulillah. WEH DIORANG DAH KAT PERANCIS DAH WEHH. isk isk nak jugakkk. tak sabar nye i u oll. Hahahaha OK dah, shadapyu.

Meriah jugaklah semalam. Ramai gile kawan-kawan diorang datang bagi sapot. And ofcos family diorang wahjeblah ada kat sane kan? So memang meriah lah. Bila diorang nak check in tu sayuuu je tengok. Diorang pelok peloklah kan mak ayah and family diorang. Nanges-nanges tu tipulah takde kan. Huish, ku tengok pun macam sebak gitu auww. Tak boleh the blah. Ngaahahahaha.

And to Cohort 3, all the best in your studies!



Rite, aku dah takde idea nak mengarot ape malam ni. Hmm. hmmm. hmmmmmmmmmmmmm. Hmmmmmmmmmmmm. Aahlah, memang idea tak datang nampaknye. Puas aku menyeru datanglahhhhhhhh but beliau malu mungkin? Hm, mungkin.


Boboiiiiiiiii!!