Friday, October 23, 2009

Kenal Tak Hantu Koko?


Tolong tolong! Tolongggg.


Aku kempunan nak coklat. Sangat sangat kempunan. Mungkin akibat bayi yang sedang ku kandung ini. Dah hampir 4 bulan usia beliau. Hmm.



Haha vodo. Bile mase pulak aku mengandung ni. Atoyy. Suami pun takde. Boyfriend adelah, tapi hoii, aku masih waras lagi okeh. Mekaseh



Aku tak suke coklat cadbury. Sangat manis. Cepat muak lah. Memanglah murah, tapi entahla, tak syok sangatlah cadbury. Aku suka Beryl's ke Beryls tah cemano lah eja aku tak pedulik. Beryls coklat dia tak manis sangat, and tak pahit sangat. Rasa dia sedang sedang saja. Layan ah. Beryls Camior especially. Dark chocolate dia perhh, menusuk kalbu siak. Soka gila! Sokaaa sangat sangat tawww. Hahaha. Actually kawan aku yang promote. Adek die belikan untuk dia. So, takdelah banyak pun aku rase. Tapi, first impression stays for quite a long time kan? Boleh pakailah rase rase aku ni.

Ferrero Rocher pulak? Tak suke I don't like. Dahlah mahal, bukan sedap sangat pun. Baek beli roka Apollo tu. Aku tak berape minatlah perrero roceh ni. Lucky tau awak mr boyfriend, saye tak suke coklat mahal. Wehehe. Senang ceritalah u oll, I suka dark chocolate. Tak manis sangat. Manis manis pahit gitu. Aiceh, sejak bila tah aku pandai jaga makan tak makan benda manis. Pelik?


Tapi sebenarnya yang aku nak the most, yang aku memang gile gile craving ah, ADELAHH, (jap buat bunyi saspen dulu) jeng jeng jenggggggggg --------


------

----------------------
-------------

----------------------------------------

--------------------------------------------------------

----------------- eh ni tah ape motif aku tekan garis garis ni tah,



ok sambung saspen, jeng jeng jengggggggg


*kejap, nak google gambar*




biar over over sikit effect saspen die. baru orang saspek.



OK TANGGACHII, COKLAT UNNE SIAP!





tadaaaa!

Alahaii kecik cemoet pulak gambar yang aku jumpe ni. Takpelah labuuuu, sesuaila dengan si penulis blog ni kannnn. Hahaha. Cover malu punya pasai. Konon nak saspen sekali gambar semut api je. Eh sukela hati.


Anyway, ade sape sape nak belikan aku Vanhouten Semi Sweet with Almonds ni? Sumpah I hampir meroyan ok nak coklat ni. Baek belikan untuk aku cepat. Sebelum aku bakar mesin basuh blok 6 ni biar semua orang tak dapat basuh baju.



Oh, takde jugak orang nak belikan?



Okeh takpe. MALAM NI JUGAK AKU GI BAKAR. MUHUAAHAHAHA.


Bye.

Thursday, October 22, 2009

Lu Apahal? Nak Gadoh Dengan Gua?


Hello, world.


Setahun kat sini rasa macam dah lima tahun ok. Tension gile kot. They said kitorang ni dah adult, so act like an adult would you pleaseeee, tapi, TAPI! diorang yang treat kitorang macam budak budak sekolah budak hingusan. Hey? Apehal? Konservatif gila kau, orang tua. For god's sake we're in 20th century okay. Bukannya zaman purba pakai cawat cawat gi buru babi. Ha emolah ni. Kehkeh. Emotional gila gua. Wa tak boleh a bro, siyes tak boleh. Yang peliknya kau tu belajar kat luar negara kan? Kenape pikiran macam makin se-hem-pittt je? Kesian, kurang kasih sayang. Haha.


Oih kejinya. Dah stoppit lah keyla.


I'm sorry I can't reveal the name and such. So let it be like this. Kau macam taktau je kat Malaysia ni censorship is a must. Bahayaaaa. Tak sanggop gua beb, cakap belakang jelah kan. Chicken style bahaha.


I don't know who taught me to be this rebellious type. Maybe jugak sebab aku rapat dengan budak yang lebih dashyat rebel dari aku. Ehem, sila terase ye mr bestie. Haha. Tapi tak kesahla, kadang-kadang rebellious aku ni bergune tahu. Kawan-kawan aku mane berani nak cakap kalau tak puas hati. Diorang bersikap lebih suke terime je ape ape eventhough bende tu salah and menyakitkan hati. Aku? Wah, no way man. Aku pernah carik pasal dengan sorang lecturer ni tau (but not my own lecturer, of course) Bukan carik pasal ape pun, just nak tegakkan justice lah kan. Takkan kite mentah mentah nak telan bebodoh orang buat dajjal dengan kite? Aku tahu bahawasanye aku betul so aku berani suarekan ape aku tak puas hati. Tak kuase aku nak jadi bangang ikut telunjuk orang cenggitu. Kene ikot diee je. Macamkan dia soranggg je yang betul. Sakit otak betul orang cenggini. Annoying siak


But it pays to be this outspoken and seeking for justice. Seriously. I am soo proud of myselflah for that. Lecturer tu boleh terdiam dengan ape aku cakap. Yang mula mula dia macam sungguh sungguh nak marah aku. Last last die yang terdiam tak terkata. Haa, kecik kecik cili api okeh. Aku manede gune harsh word, mind you. Perasaan hormat tu still ada. Aku pegang satu je, macammane orang nak hormat kite kalau kite tak reti hormat orang lain. Kan? Eh, tak payahla puji lebih lebih. Blushing i taw. Haha


Jadi tawan tawan, saye menyeru kepade semue, jadilah rebellious. HAHAHAHAHA tak gune punye nasihat. I mean, not all the timelah. Sometimes it can be useful and valuable. We never know. So, rather than being a chicken setakat berani mengumpat belakang je, ape salahnya korang stand up, speak out, and seek the justice. Jangan takut jangan cuak, as long as korang is on the kebenaran side, nothing else matters. Believe in yourself. Who knows you could make a change like i did? Cehwah, naik troli tolak sendiri. Eh sukela hati gua ngaahaaaha


Selamat mencube tuan tuan puan puan. Semoga kite berjumpe lagi di lain hari pada waktu yang sama dalam rancangannnnn Keyla di Manaaaaa? Keyla di Siniiiii. Sempottt


Babai aku nak menikmati minuman favourite aku, milo 3 in 1.

Saturday, October 17, 2009

Say Hello To The New Me


Salam Alaik.

Oh hye. I seriously am like a biskot chipsmore kan. Kejap ada kejap takde. Seriously malas ok nak update blog. Who cares anyway if i din update my blog haha wtv.


Suddenly today i have the feeling nak update pulak. So here i am.
By the way, say hello to the new me! The miss-independant-me. Yeah baby, no kidding. Kan bagus kalau dari dulu lagi aku sekuat ini? I should thank The Almighty for giving me such strength. Alhamdulillah. My days are more meaningful that words could not describe i tell you.


Tibe-tibe je macam skema pulak kan. Haha pape jelah labuuuuu.

Baru-baru ni my classmate macam majoriti addicted kat satu cite ni tau. Kalang a ni mastermind die. Gi sebarkan virus virus kat kengkawan aku. Habeh sume dok ngadap laptop berjam jam ber hari hari nak habiskan semua episod. Alltogether 22 episod. Tanya soalan pun diorang boleh buat dek je tak jawab. Haa gila kau. Annoying habes!

Pastu aku pun tryla jugak nak tengok ape best gile ke cite diorang tengok ni. Ape sangatlah yang menarek perhatian diorang tu bak sini aku nak tengok aku pun nak paham hamende yang buat korang gile sangat. So aku pun tengoklah, mintak makcik pija yang dok sebelah i ni transfer 5 episod dulu. Makcik ni lagi dahsyat tahuu, sampai search youtube tengok trailer, tengok interview para pelakon die and such. Yang makcik yana siap buat wallpaper desktop. Weh, ni dah kes kronik dah ni weh. Ish ish ish (geleng kepala)

Tengok first episod macam, oklah, boleh terimalah cerite ni. Sambunglah tengok second episod. And third. Then fourth. Pastu episod lima. Time episod lima banyak interval sebab dok chatting dengan mr boyfriend and mr bestie. Takpe, still go on jugak watching. Bila dah episod 6, in which i watched them back home sempena cuti deepavali ni, dalam bilik, sorang-sorang, kunci pintu, malam-malam pulak tuh (hoi macam tengok filem tutt. haha) memang feel habis ah. Lapar pun boleh jadi kenyang tahu. Habis satu episod sambung lagi, sambung lagi. Kalau boleh nak teros habeskan.

BAPAKLAH BEST DOW CITE TU. SERIYES BEST AKU TAK TIPU WEHHHH.

Jadi kawan-kawan, yelah, i knowlah u ols nak tau cite ape. Rilekss, aku nak bitaula nehh. Cerite tu tajok die LEGEND OF THE SEEKER. Pelakon hensem-hensem. Even yang jahat pon hensem. Tak tipu weh. Siyes. Yang pompuan jangan cakaplah. Ada rupa, ada body. Seot, buat aku envy nak body macam diorang. Especially belah atas lah. HAHAHA BODO.

Sekarang baru aku paham kenapa. Aku taknaklah blame Kalang dah. Aku nak thank him for the awesome TV show. wohooo thanx kalanggggg

Dah aku malas nak tules bebanyak. Sendiri tengok, dan alami. Cehwah macam ape je.

Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!


ps : oh richard cypher. ohhh my hero! ok angau. stop it, aqilah.