Sunday, November 15, 2009

Kalau Malu, Gelak.


Aku selalu mengalami situasi yang memalukan diri sendiri. Sememang memang memangnye memalukan diri sendiri dimana care nak mengelakkan dari nampak bodoh sangat adelah dengan, ketawa terbahak bahak. Nak cover malu punye pasal. Haruslah gelak sepenuh jiwa raga baten kan.


FYI, aku ni bukanlah golongan yang hebat IT ni. Setakat facebook, ym, blog, youtube tu, retilah aku. Tapi kalau masuk bab jenis-jenis file, file jpeg lah, flv, etc, idoklah aku reti. Intel Pentium Dual Core mende alah tu sume aku tak paham. Amende tah beze, bagi aku same jek sumenye. Ngaa. Aku ni dahla bute IT, selalu pulak tu berjodoh dengan orang teror IT. Cabaran betul.

Ada sekali tu aku pergi makmal komputer kat sekolah. Time form 3. Kan masa ni selalu busy buat folio KH lah, Geografi lah etc, so kenalah selalu menyemak kat sane. Even komputer gila lembab zaman tok adam pun takpeeee, dah takde pilihan laen dah. Pasrah dan terime seadenye. Eceh. Aku tengah sebok mengadap komputer buat kerja ni, and disebelahku adelah Paan used to be my boyfriend time form 4 dulu. bukan form 3, form 4. haha nak jugak sebot tu Die ni pakar sakit tuan komputer. Kire semuanya di hujung jari ah kalau bab komputer and segala isiknye. Semua orang mesti carik die kalau ade sebarang kemusykilan di talian 013 - 3 eh apehal aku tetibe gi search nombor die ni? Tetttt


Dah menaip naip ni, aku nak savelah kerja aku. Gune disket. Zaman tu pendrive memang dah ade, tapi mahal gilak kot, sape yang ade memang wahhh,mesti bapak die keje merompak bank. Disket ni pulak memang annoying. Dahla space kecik, selalu je tak muat. Muat sebijik lagu je kot? Takpon langsung tak muat. Entah, tak hengat. Aku dah hilang ingatan pasal disket ni. So aku pun insertlah disket nak save keje aku ni, sekali tak kuar kuar kat komputer tu. Banyak kali aku cube, tak keluar jugak. Hapehal komputer ni? Bongok betol. Bile dah agak geram komputer tu tak dapat detect disket ^%$##%**^%% tu, aku mintak tolonglah paan ni tengokkan (thank god die di sebelahku. ececeh) Dia pon tolonglah tengokkan. Sekali kau tau ape masalahnye?


AKU INSERT DISKET TU KAT CPU KOMPUTER SEBELAH. Bongoknye kau aqilah. Memanglah tak dapat detect. Bapak malu dow aku. Malu gila siak. Dahla dengan beliau pulak tuh. Aih, jatuh air muka. Jatuh merudum saham I taw. Ngaaa


Yang sekarang ni pulak, aku duduk sebelah Nazreen. Nazreen aka Abe Naz (name glemer, feewit) Die ni lagi sorang. Makhluk yang hebat gila bab komputer. Mahaguru habis. Tanya sikit je, tapi jawapan die bagi punye berjela siap keluar segala mak nenek yang aku tak pernah dengar. Memang selalula aku nganga bila die dengar die explain. Bukan paham pon wahaha. Then there's one time ni, bateri lappy aku kong, so mintaklah charger lappy die. Even lappy die super canggeh and tak same brand pon, lubangnye same jek. Aku dah pasang ni, tapi tak berlampu kat lappy aku yang menunjukkan sedang charge. Aku benganglah. Apehal ni? Nak cas nii, janganlah mengade. Aku gitau Nazreen. Pastu die tengok for awhile, then die kate :


MEMANGLAH TAK BERLAMPU DUE DUE. KO BUKAN BUKAK PON LAPTOP KO. SATU JE LAH YANG BERLAMPU. YANG NI LAMPU TOK BATERI. Eh, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, yekeeeeeeeeee? OoOOoOooOooO baru nenek tahu. Apesal tah bende simple camni pon leh aku tak perasan. Dahla dengan mahaguru, terserlah kebodohanku disitu. Betapa kerdil kurasakan diri ini. Malu sekampung weii





Takpeeeee, gelaklah. Wa takda hallllllll, wa sportinggggg. Tak sia-sia rupanya aku ada bakat semulajadi gelak kuat-kuat. HAHAHAHA

Byeeeee

Wednesday, November 11, 2009

Orang Forward, Aku Reverse.


Pernah tak rasa down sebab orang lain macam semua pon faham, tapi kita sorang je terkial-kial tak paham? Pernah tak? Takkan tak pernah. Penipuuuuuuuuuuu

OK aku bagi satu contohla. Tapi sorilah kalau contoh ni tak relevan di mata Mahatma Gandhi. Eh ape kaitankah.


Let say, kat sebuah tadika ni, biasalah, tadika kan, semua still bodoh bodoh alang lagik. Baru merangkak rangkak belajar mengeja bi ay BA, jey yu JU, B-A-J-U. bi ay BA, bi ai BI, B-A-B-*. Cikgu aku macam pernah ajarla dulu word tu kat tadika. Ohh, padanlah sekarang aku pandai sebut benda tu, kat tadika rupanya aku belajar. Sila blame cikgu tadika saye ye tawan tawan

Alkisahnye, dalam keramaian budak-budak selebet pakai tudung senget-senget songkok lusuh lusuh (standard ah budak tadika. Tudung gila selekeh. Tak caye pergi tengok gambar kelas zaman tadika sekarang) ada seorang budak ni, dia dah terror sket bab mengeja ni. So, dia boleh eja word yang suku kata lebih dari dua. Orang lain dua suku kata je, masuk 3 suku kata mesti lingkop, tapi yang budak ni, bila 3 suku kata dia hebat, masuk 4, hebat hebat, bila 5 suku kata, hebat hebat hebat. Masuk 6, hebat hebat hebat hebat. Kalau 7? Eh dahlah penat aku nak type word hebat

Tapi masalahnye korang tau? Budak tu might be terror eja word yang panjang-panjang, yang susah-susah, tapi perkataan pendek macam 'aku', 'kau' dan 'dia', dia tak reti. Semua orang boleh eja kot, tapi dia sorang je ketinggalan zaman tok adam. Bapak kesian wei. It's like, you're very good in Mathematics but you don't even know how to count 123. You're very good in spelling but you don't even know how to read ABC.


Sebenarnya kena kat diri sendiri. Aku rasa benda tu susah, but semuaaaa orang boleh jawab. But bila aku rase benda tu senang, rupanya ramai yang cakap susah. And tak ramai boleh jawab. Alright, what is happening to me can anyone explain it?


Sebabnye kan, aku rasa macam bodoh gila. Benda senang pun taktau. Choyyy